Agama Ummi Ilham at Work

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau At Taqwa PTP – 17 Jan 2019

Assalamualaikum..

Cerita semalam, majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau At Taqwa, Pelabuhan Tanjung Pelepas. Majlis bermula jam 12 tengahari, tapi 12.30pm baru Ummi terhegeh-hegeh jalan macam peguin ke bangunan PUB. Lama gila dah berbulan-bulan sejak sebelum pregnant Ummi tak berjalan kaki merentas padang ke bangunan belakang ni especially cafe Cengkih. Dah sepuluh bulan uii. Demi majlis ilmu ni Ummi gagahkan juga la, perlahan-lahan jalannya sambil disimbahi hujan gerimis. Dramatik sungguh. Nak lari tak mampu, redho je la. Alaaaahaii hujan air je pun.

Alhamdulillah, Allah izinkan ke majlis ilmu ini. Dapat mendengar ceramah agama bertajuk “Mencintai Rasulullah S.A.W” oleh Tuan Guru Habib Zein Abdullah Ba’abud dari Malang, Indonesia.

Bergenang air mata bila mengimbau kembali sejarah Rasullullah S.A.W. Lagi-lagi bila saat kewafatan Baginda. Allahu akbar sedih hati. Tak terungkap dengan kata-kata. Semoga Ummi si pendosa ini juga dapat bertemu dengan Rasullullah di syurga nanti. Semoga ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru Habib Zein Abdullah Ba’abud dapat dimanfaatkan bersama.

Antara kawan-kawan muslimah yang sempat meluangkan masa.

Alhamdulillah rezeki baby (eh.. baby ke yang makan hehe) dapat makan nasi Arab berjemaah dalam dulang bersama Ibu Q dan kakak cleaner. Syok makan dalam dulang. Insha Allah, anak-anak dah besar ni Ummi dan Babah nak membudayakan makan berjemaah dalam dulang. Dah lama projek ni pending sebab Ummi lupa nak beli dulang baru hehe.

Itu saja cerita sambutan Maulidur Rasul peringkat PTP. Semoga diberi peluang lagi untuk join program-program kelolaan Surau At Taqwa PTP.

255 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *