Dekorasi | The Ilham’s Room Makeover

Dekorasi | The Ilham’s Room Makeover

Assalamualaikum..

Cerita bulan September, cerita projek makeover bilik The Ilhams. Bukanlah nak makeover beriya sangat pun sebenarnya. Ini ikhtiar Ummi dan Babah dalam fasa memisahkan bilik tidur dengan anak-anak. Walaupun diorang masih nak berkepit bawah ketiak Ummi Babah.

Kebetulan cuti, kami plan ke IKEA Tebrau untuk mencari katil dan aksesori tambahan yang dah pun Ummi listkan untuk sesuaikan dengan bilik anak-anak bujang ecehhhh. Macam bujang sangat. Yang penting meja belajar untuk Abang Ilham.

Sampai je IKEA haruslah isi perut dulu. Nanti kang tengah syok pilih barang anak-anak kebuluran pula. Ehhhh.. anak ke mak? :p

Macam biasalah menu-menu kegemaran. Chicken wings tu untuk The Ilhams sebab diorang tak layan pun meatball. Syamil je la boleh layan sikit-sikit. Tekak orang kampung ni nak nasi juga ekekeke. Lepas makan, barulah kami meronda mencari barang-barang yang Ummi dah siap listkan.

Barang paling utama, katil. Ummi pilih TUFFING Bunk bed frame, dark grey bersama 2 units tilam MOSHULT Foam mattress, firm, white . Dah lama aimed. Bilik untuk Abang Ilham dan Syamil jadi memang plan untuk beli katil dua tingkat. Sebelum ni katil antik kesayangan family kami je duduk dalam bilik tu.

Sesi memilih bed sheet pula. Pilih punya pilih, sudahnya URSKOG Quilt cover and pillowcase, tiger, blue yang diorang nak.

Ada juga la barang-barang lain menyelit. Cik dino dua ketul. Sorang satu katanya aksesori atas katil. Barang-barang penting lain drawer, curtain, table, chair, board tunggu bawah ni nanti Ummi cerita.

Balik rumah, diorang tak sabar-sabar nak kerah Babah pasang katil. Tidak la Babah nak buat terus nak oi. Esoknya baru Babah gigih memasang katil segala bagai.

SEBELUM..

Sebelum makeover.. Katil lama semua dah kena cabut dah. Babah kerjakan sorang-sorang. Dinding maintain cat lama. Masih elok lagi. Jangan membazir. Warna hijau cair pun ok la kan.

IN PROGRESS..

Nampak tu Babah dah macam buruh kasar menyiapkan bilik The Ilhams hehe. Pasang sana sini. Jangan kacau!

SELEPAS..

Taraaaaaaaaa.. Dah siap! yeay! Abang Ilham katil atas, Syamil katil bawah. Toys dino dan eagle tu buat peneman atas katil.

Meja study Abang Ilham Ummi pilih LINNMON / ADILS Table, white. Mula plan nak beli kerusi SNILLE Swivel chair RM79 tapi rezeki Mama Cu bagi kerusi GUNDEFolding chair, white RM34.90 hehehe. SoHo Ummi pun guna kerusi yang sama.

Drawer baju The Ilhams Ummi pilih MALM Chest of 4 drawers, white. Sebenarnya berbelah bagi nak beli drawer atau wardrobe sebab Ummi berkenan dengan Aneboda Wardrobe. Tapi fikir-fikir balik baik ambil drawer. Tingkat 1 (baju harian) & 2 (baju baru) untuk Syamil, manakala tingkat 3 (baju harian) & 4 (baju baru) untuk Abang Ilham.

Atas drawer tu ada reward chart untuk The Ilhams. Ummi guna juga untuk salin semula jadual waktu Abang Ilham. Multi-function hahaha. Untuk reward tu siapa rajin tolong Ummi Babah, rajin solat, banyak buat kebaikan, dapatlah banyak star. Ikut kriteria. Nanti Ummi kongsikan.

wordswag_1542547078778.png

 Untuk memudahkan penyusunan buku, Ummi belikan SOCKERBIT Box, white untuk  susun buku teks dan bukut aktiviti. Satu untuk sekolah kebangsaan dan satu lagi untuk sekolah agama. Tak dilupakan GLIS Box with lid, white/light green, blue/ 3 pieces untuk letak stok pensel, pemadam, pengorek dan apa-apa yang relevan.

Sebelah kiri tu VÄGGIS Noticeboard, white untuk Ilham tampal surat-surat dari cikgu senang Ummi Babah nak rujuk. Tengok tu, kad jemputan cikgu dia kahwina pun dia tampala situ. Siap ajak Ummi Babah ke Kelantan pergi majlis cikgu hehehe. Belah depan tu pula SKÅDIS Pegboard combination, white, peg board ni ada banyak aksesori boleh gantung. Ummi baru belikan SKÅDIS Container, white untuk bubuh alat-alat tulis yang bersepah-sepah. Sebelah box putih tu ada bakul putih yang Ummi letak, untuk kertas-kertas kerja dan buku-buku yang bersepah hahaha. Almaklumlah bebudak berdua setiap kali keluar ada je buku-buku nak dibeli. Jadi buku-buku extra yang tak ada kaitan dengan sekolah Ummi bubuh dalam tu.

Meja merah ni UTTER Children’s table, in/outdoor, red dah lama beli, sejak Ilham kecil. Sekarang dah jadi meja study Syamil. Tikar coklat tu tikar arwah Nenek kita guna la buat lapik. Karpet hijau STORABO Rug, green dah lama juga beli saing meja merah. Buat track diorang main kereta hot wheel hahaha. Kadang jadi tempat bersepainya mainan.

Kipas angin ni sebenarnya yang hall punya, diangkut naik atas. Kat atas drawer tu pun Babah dah pasang kipas kat dinding. Hujung penjuru sana, toys rack lama masih berfungsi. Tambahan LENNART Drawer unit, white untuk isi lego diorang. Penapis udara Coway untuk Syamil yang perlukan udara sihat selalu. Sekarang angkut bilik Ummi sebab dia kerja nak berkepit dengan Ummi. Kasi can lah! Tak lama lagi dah jadi abang.

Ok langsir pilihan Ummi nak ngamkan dengan warna bed sheet. Ummi pilih VÄNSKAPLIG Curtains with tie-backs, turqoise. Lagi pun nak kan effect cerah dalam bilik tu. Beli 1 pair je muat untuk tingkap tiga panel.

Malam pertama The Ilhams tidur di bilik sendiri. Diterangi dengan NOTFloor uplighter, black. Dorang tak nak bergelap. Sambil dialunkan dengan zikir munajat. Sebelum tidur tu Ummi dan Babah la bergilir-gilir tiapa malam jadi peneman. Bila dah tidur baru la Ummi tinggalkan dua-dua. Tapi Syamil ada la dua tiga kali bangun pukul 3 4 pagi meraung cari Ummi.

Alhamdulillah berjaya juga la usaha nak berpisah bilik tidur diperingkat awal ni. Cuma akhir-akhir ni dua-dua ambil kesempatan nak berkepit dengan Ummi sebelum adik baby keluar. Dua-dua nak tidur kata lengan Ummi aduhaiii. Pasghah Ummi nak oi. Diorang janji bila adik baby dah lahir diorang balik semula tidur katil masing-masing.

Itulah sesi makeover bilik The Ilhams. Simple je pun. Tak gempak macam bilik anak-anak orang lain hehe. Ini pun dah cukup gempak la pada diorang sampai tak lekang ucap terima kasih kat Ummi dan Babah. Minggu ni Ummi plan nak deko tampal gambar-gambar berkaitan astronomi untuk peminat astronomi dan peminat Johor Astronomi Club hehe. Sebelum ni Babah ada tampal sticker glow in the dark bulan bintang tapi ada dah tercabut. Poster Cik Jah, Huruf Hijaiyyah pun dah tercabut. Insha Allah la kita usahakan.

Untuk ibu ayah yang mencari idea dekorasi bilik tidur anak-anak boleh la cuba survey-survey apa yang patut. Mudah-mudahan entri Ummi ni membantu sedikit demi sedikit. Ummi tak terror mana pun bab deko.

Kat bawah ni Ummi listkan barang-barang yang Ummi gunakan dalam projek makeover dan dekorasi bilik tidur The Ilhams beserta harga. Boleh dikatakan 90% barang-brang dari IKEA. Tak semuanya yang mahal-mahal. Janji pandai mix and match. Semoga bermanfaat.

LIST KEPERLUAN BARANG UNTUK DEKORASI BILIK TIDUR ANAK

  • TUFFING Bunk bed frame, dark grey RM499
  • MOSHULT Foam mattress, firm, white RM349
  • URSKOG Quilt cover and pillowcase, tiger, blue RM59
  • GLIS Box with lid, white/light green, blue RM12.90  / 3 pieces
  • SOCKERBIT Box, white RM5.90
  • SKUBB Box, set of 6, white RM19.90
  • MALM Chest of 4 drawers, white RM399
  • UTTER Children’s table, in/outdoor, red RM33.90
  • SKÅDIS Pegboard combination, white RM94
  • SKÅDIS Container, white RM10
  • LENNART Drawer unit, white RM49.90
  • VÄNSKAPLIG Curtains with tie-backs, 1 pair, turqoise RM89
  • VÄGGIS Noticeboard, white RM19.90
  • STORABO Rug, green RM59
  • LINNMON / ADILS Table, white RM99
  • SAGOSKATT Soft RM29.90
  • LATTJOGlove puppet, eagle RM29.90
  • GUNDEFolding chair, white RM34.90
  • NOTFloor uplighter, black RM39.90

Selamat mendekorasi bilik anak-anak ya!

273 total views, 1 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “Dekorasi | The Ilham’s Room Makeover

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: