Mengidam Nasi Goreng Seafood Restoran Saujana Gelang Patah

Foods Review Pregnancy Journey

Assalamualaikum..

Minggu ni kalau Ummi terbayang makanan yang Ummi suka terus lah rasa macam tak boleh handle, nak juga.. nak juga.. aduhaiii besar sangat dugaan tekak ni. Semalam dari pagi duk terbayang Nasi Goreng Seafood Restoran Saujana ni.

Balik kerja Ummi buat ayat minta simpati kat Babah haha. Ummi cakap, ini bukan kes ngengada tapi Ummi memang terasa nak sangat makan nasi goreng seafood ni.. yang Saujana punya lain tak nak hehehe. Alhamdulillah Babah redho dan pasrah hahaha.

Rasa nak melompat bila dapat Nasi Goreng Seafood ni tau. Bayangkan Ummi makan dengan penuh kenikmatan. Rasa jarang Ummi nak beriya ngidam gini.

Ehhhh.. korang rasa Ummi je ke yang ngidam?

Ni ha Abang Ilham pun ngidam nak makan asam pedas ikan siakap Saujana. Orderlah bagi puas hati. Siap hirup kuah asam pedas, puas sangat hati dia. Siap cakap sedih sebab dapat makan asam pedas. Ehhhh..macam lah Ummi tak masak asam pedas kat rumah, baru dua hari lepas kot. Cisss..

Dia ngidam lagi.. nak ketam sambal. Mula-mula Ummi tak layan. Bukan apa tak nak membazir banyak-banyak lauk kang tak habis. Sekali dia merajuk daaaa. Ummi sejenis tak sampai hati order la saiz kecil ada 2 ekor ketam. Terus hilang merajuk.

Ehhhh dia top up sotong goreng tepung pula. Gasaklah nak. Sebenarnya ada semangkuk kecil tomyam. Tapi gambar blur hahaha.

Alhamdulillah kekenyangan anak beranak. Ilham kata “yeay.. Ilham belanja Ummi makan sedap” . Ye la.. tadi Aunty tu swipe kad bank Ilham kan hahahaha. Bertuah punya anak. Fuhhhh.. lega tekak Ummi uii. Tekak please jangan ngidam sangat dah hujung-hujung ni. Kang meletop penimbang

Korang belum pernah cuba menu-menu kat Restoran Saujana ke? Apa kata sesekali cuba. Gerenti puas hati. Lokasi di tengah-tengah antara PTP (kanan) dan Forest City (kiri) hehehe. Boleh tengok map kat bawah ni ya. Kalau segan nak pergi sini, roger-roger Ummi, 5 minit je dari rumah Ummi boleh tolong makan sekali ekekeke.

Alamat:
Persisiran Pantai Tanjung Adang, Gelang Patah
Johor Bahru 81560

Waktu Perniagaan:
11.30am – 10pm

Jumaat (Tutup)

Untuk tempahan:
07-5073211

Loading

Related Posts

One thought on “Mengidam Nasi Goreng Seafood Restoran Saujana Gelang Patah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!