Breakfast di Warung Saga

Assalamualaikum..

Cerita breakfast sebelum ke HSA. Minggu lepas memang bersusun appointment TCA Ummi 7hb KK Gelang Patah, 8hb Fetal Echo HSA dan 13hb SCOG HSA lagi.

Sebelum nak ke HSA tu, Ummi ajak Babah breakfast di Warung Saga. Nak menghilangkan segala debaran di hati gitu. Perut lapar, tapi dalam masa yang sama hati dup dap dup dap nak kena buat fetal echo untuk adik baby.

Sebenarnya ini kali pertama Ummi ke sini. Babah dah pernah la makan kat sini. Kesian ek Ummi macam duduk obersi hahaha.

Banyak kuih-muih sedap tapi tak tahu nak pilih mana satu.

Selama ni tengok gambar orang je, memang lagend warung ni banyak gambar dahulu kala. Oldies gitu.

Tengok menu special hari Selasa ada Laksa Nyonya. Hajat hati nak makan la Laksa Nyonya. Tapi terikut menu Babah pula Mee Goreng telur hahaha. Nampak sangat jiwa kacau. Sedap mee goreng ni, serius sedap. Tapi Ummi makan macam ya tak ya. Haisyhhhh berdebar lebih.

Member ni kemain selera. Siap tambah rendang daging. Dia kata makan je la tak payah risau sangat hahaha. Rendang daging pun sedap.

Buat-buat muka happy la kekonon. Padahal Allah je yang tahu. Lepas siap makan berdezuplah kami ke HSA berjumpa Pakar Jantung Kanak-kanak.

Hari Ahad lepas, appointment SCOG ajak Babah singgah lagi. Selalunya Ummi tak makan berat pun, tapi akhir-akhir makin cepat lapar. Jadi baik isi perut nak tunggu turn kat hospital tu lama mahu hijau muka lapar.

Kali kedua ke sini ditemani bakal abang hehe. Abang Ngah ni kata Abang Ilham. Tapi beliau marah, “jangan panggil Syamil Abang Ngah.. panggil Ilham Syamil”. Makin nak dapat adik makin garang dan gembeng. Dah marah-marah lepas tu nangis meraung hahaha. Pagi muka muncung sikit, sebab sesubuh Ummi dah suruh bangun mandi. Mood kelaut sikit.

Ok apa kami makan pagi tu.

Babah makan mee rebus, menu special hari Ahad. Sedap! Ummi ngecek sikit :p

Ummi blur, sudahnya makan lontong kering rendang daging. Pun sodap hehehe.

Untuk Ilham Syamil, tak lain tak bukan nasi lemak. Sambal kuak tepi dia tak suka pedas. Sambal nasi lemak ni sedap pedas meletop.

Overall, memang sedap menu-menu yang setakat ni Ummi makan. No wonder Warung Saga menjadi sebutan dan viral kerana dekorasi dan kesedapan menunya. Datang JB jangan lupa singgah sini. Next time boleh cuba lagi menu lain pula. Ehhhh.. 10 Feb ada appointment SCOG lagi lah :p

Ok, till then. Babai!

No. 5 Jln. Mahmoodiah (near Petron)
80100 Johor Bahru , Johor.

Waktu Operasi: 6:30 AM – 12:30 AM
Telefon: 017-444 9910

p/s Mood blogging tengah execellent ni.. nak settlekan gambar-gambar yang ada. Takut makin banyak pending nanti. Almaklumlah adik baby keluar nanti mana la dapat menghadap blog je. Ini pun Ummi gigih blogging thru phone tau. Nak duduk lama-lama depan PC memang Ummi tak larat. Mana yang termampu je la ya. TQ for reading blog makcik kampung.

336 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Breakfast di Warung Saga

  1. selalunya warung macam ni makanan dia sedap²…kemahin umi ko berselera kan..hahhaa..yang penting isi perut dulu..nak tunggu kat HSA tu memang berjanggut ler

Leave a Reply to kisahsidairy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *