Perkongsian Isu-isu Viral

[PERKONGSIAN ISU-ISU VIRAL]

Assalamualaikum..

Saja Ummi nak kongsi semula, tulisan-tulisan Ummi di facebook yang tak pernah Ummi masukkan dalam blog yang rasanya masih relevan untuk dikongsikan. Ok lets start!

Zaman serba canggih ni sekejap je sesuatu isu boleh jadi viral. Jangan tersilap post.. tersilap gambar.. terus jadi glamour satu dunia. 

Bab isu-isu viral ni bagi diri Ummi sendiri Ummi agak berhati-hati nak tekan butang “SHARE” di media sosial Sebab utamanya Ummi takut isu yang diviralkan tu tak betul. Kalau betul pun Ummi hanya jadikan panduan je lah kalau isu-isu yang melibatkan keselamatan diri dan anak-anak Ummi hanya berkongsi dengan suami dan orang-orang terdekat.

Kalau viral untuk tujuan business marketing, viral infaq.. ok je pada Ummi. Yang jadi takutnya kalau isu viral benda-benda yang mengaibkan orang lain yang tak pasti kesahihannya. Tak pasal-pasal kita ni berkongsi dosa.

Hati-hati ya kawan-kawan dengan butang “SHARE” tu. Nak viralkan pun tengoklah isunya. Kalau boleh jadi panduan masih boleh diterima lagi. Kalau sebaliknya menjawab kita di sana nanti. Saya ingatkan je, untuk diri saya sendiri dan untuk kawan-kawan semua.. tak setuju terpulanglah.. 

p/s meh sini tolong viralkan bisnes Ummi si penjual Shaklee ekeke.. lagi satu tolong viralkan Projek Beg Sekolah 4. Dah derma belum? :p

337 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4654

2 thoughts on “Perkongsian Isu-isu Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!