My Hero Kechik - Ilham Syamil

Ilham Syamil @ Dataran Mahkota, Kota Iskandar

Assalamualaikum..

Cerita riadah petang beberapa minggu lepas. Masa ni Ummi dan Syamil je yang ada, Babah dan Abang Ilham balik kampung. Jadi petang tu Ummi plan dengan Mommy Ngah untuk bawa Syamil ronda-ronda naik basikal di sekitar Dataran Mahkota, Kota Iskandar.

Macam dah lama betul tak lepak-lepak dan joging kat sini.

Nampak tu young rider dengan basikal cenonit hehe. Kalau abang tahu mesti jealous.

Ummi suruh posing, dia pergi posing gigit baju pula.

Nampak tu tumpang posing dekat folding bike Mommy Ngah.

Kesian dia sorang-sorang Babah dan abang tak ada. Kalau diorang ada konfem dengan Babah sekali cycling kat sini.

Sabar je dia layan Ummi sebab Ummi suruh dia berlari Ummi nak buat record video slow-mo.

Posing acah-acah model kanak-kanak. Anak siapa ni? :p Bakal jadi abang dalam beberapa hari lagi insha Allah.

Banyak-banyak gambar Ummi dan Syamil yang Mommy Ngah snap, ini je nampak mulia sikit haha. Lain memang gambar kembang teruk muka Ummi hahaha. Hakikatnya memang dah makin kembang.

Last but not least, sempat Ummi snap blue sky sebelum sampainya waktu maghrib. Hati tenang sangat bila nampak langit biru ni tau. Salah satu terapi jiwa Ummi. Sebelum maghrib kami bergegas balik dan singgah isi perut dulu. Alhamdulillah dapat spend time dengan Syamil. Walaupun Ummi tak dapat join naik basikal ekeke.

220 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *