Dinner di Nanny Ikan Bakar Bandar Baru UDA

Foods Review

Assalamualaikum..

Draft post Ummi bertaburan menjadikan Ummi blur mana nak post dulu hahaha. Cerita Sabah dan Vietnam pun dah ke laut cina selatan tak nampak bayang ekeke.

Ok ini cerita minggu lepas, makan malam bersama Tok Ayah, Nenek, Mama Cu, Uncle Cu dan Mak Wee. Wakil family kami cuma Ummi dan Syamil. Abang Ilham ikut Babah balik kampung.

Pertama kali ke sini, Nenek yang pilih lokasi. Dia dah siap booked awal-awal. Korang pernah cuba tak menu di NANNY IKAN BAKAR yang terletak di Bandar Baru UDA ni. Kalau belum Ummi suggest korang cuba menu kat sini ok.

Antara menu special diorang adalah Ikan Bakar Petai. Korang boleh pilih ikan kegemaran korang. Antara ikan yang ada siakap, pari, caru dan talapia merah. Korang boleh juga request sotong, udang atau kupang bakar petai. Harga mengikut pasaran semasa.

Apa lagi yang special? Ada nasi goreng scrapper daun pisang dan mee goreng scrapper daun pisang. Tak nak makan nasi goreng atau mee goreng korang boleh je order shellout. Harga macam kat gambar di atas ya.

Ada juga satay ayam dan daging uolls. Kami cuba 5 cucuk satay ayam dan 5 cucuk satay daging.

Nahhhh pilih sendiri ikan-ikan segar yang korang nak.

Nampak tak tu muka-muka kelaparan. Apa tak nya, plan nak makan area Gelang Patah je tapai terjejak ke BBU hahaha. Syamil buat perangai hahaha. Gambar Ummi tak ada sebab Mama Cu kata Ummi macam bibik Dato’ Aliff Syukri kahkahkah. Kurang asam betul. Memang sarung tshirt buruk dengan cardigan je, kekonon tak la pergi jauh.

Ok satay dah sampai. Sedap uiii Satay Haji Safar Papan Timur ni. Secucuk RM1.

Ummi, Tok Ayah, Nenek dan Uncle Cu order Nasi Goreng Petai. Sepinggan RM8. Dalamnya ada sotong, udang, kupang dan petai. Ya ampun sedap. Kalau la boleh request nak petai lagi banyak, Ummi request tapi malu menguasai diri hahaha. Agak pedas sikit tapi sedap. Yang pelik Syamil laju tumpang sekaki hahaha. Berpeluh-peluh dia makan, padahal dia mana suka pedas. Portion nasi goreng ni memang banyak. Serious tersandar kekenyangan.

Mama Cu makan Nasi Goreng Seafood. Sepinggan RM7. Dalamnya ada sotong, udang dan kupang. Sedap juga sebab Ummi cekut sesudu nak jamah hehehe.

Order tambahan, Sotong Bakar Sambal. Sedap!

Ikan Pari Bakar Sambal.. Ummi tak perasan kenapa diorang tak order yang ada petai. Ummi bedal je hahaha.

Ikan Caru Bakar Sambal untuk Tok Ayah sebab Tok Ayah tak makan ikan pari. Sebenarnya ada kerang bakar sambal juga, tapi Ummi dah kekenyangan lupa nak snap haha.

Serious memang sedap dan puas hati makan. Rasa macam tak boleh berjalan ke kereta lepas makan hahaha. Thanks Tok Ayah dan Nenek belanja anak cucu makan. Semoga makin mencurah-curah rezeki.

Korang kalau nak cuba makan kat Nanny Ikan Bakar bolehlah tengok google map kat bawah ni ya. Recommended! Tekak Ummi memang rasa sedap masakan kat sini. Nanti nak ajak Babah try kat sini.

Lokasi Nanny Ikan Bakar

FACEBOOK NANNY IKAN BAKAR
INSTAGRAM NANNY IKAN BAKAR

Alamat:
No 19 Jalan Padi Emas 6/2,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
Johor

Untuk tempahan:
011-1019 2974

Waktu Berniaga:
4.30 pm – 12am

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Dinner di Nanny Ikan Bakar Bandar Baru UDA

  1. SATAY PAPAN TIMUR SAMPAI KE SANA..WAH..HEBAT..JAUH DIA TERBANG..NASI GORENG PETAI TU MEMANG BETUL² MENGANCAM LER.NASIB BAIK JAUH DARI PASIR GUDANG..TAPI KOT SESAT KE SANA NANTI. I CUBA JUGAK..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!