Dating Dengan Mama Jie

BFF Ummi Ilham

Assalamualaikum..

Cerita Isnin.. sementara menanti giliran di KK Gelang Patah sempat berwhatsapp dengan Mama Jie. Rupanya Mama Jie pun kat klinik sebab batuk tak baik-baik. Dah terlanjur dua-dua nak ber”me time” marilah kita dating kejap hehe. Mak-mak ni walau sekadar pergi klinik sesorang, itu pun dah cukup memberi makna “me time” dalam hidup tau hehe. Ummi settled check-up dalam jam 11am. Terus plan nak makan sebab memang Ummi tak sarapan pun hahaha.

Ajak Mama Jie ke Domino’s Pizza, sebab lepas makan Ummi nak ajak dia teman ke QQ Baby Shop kejap. Jadia kena la pilih lokasi-lokasi yang strategik memudahkan pergerakan gitu. Padahal Ummi yang terbayang-bayang pizza panas masuk mulut kahkahkah.

Rasanya Ummi yang lapar teruk, tapi kenapakah Mama Jie yang nampak kelaparan sangat kahkahkah. Bukan senang kami ni nak plan keluar sama-sama tau. Walaupun senang je sebenarnya hahaha. Jadi kena gunakan masa-masa berkualiti ni untuk sembang mak-mak.

Lepas siap makan, berdezup la kami ke QQ Baby Shop, Nusajaya. First time ke sana walau dah lama di buka hehe. Sempatlah Ummi top up barang baby sikit. Nanti cerita dalam entri lain.

Thanks for your time ya Mama Jie. Hari Rabu 30 Jan Ummi ada appointment di KK Gelang Patah lagi. Dah boleh plan la nak ngepak kemana ehhhh kemain lagi Ummi ni eh, tak padan dah selevel dengan muatan berat hahaha. Harapa sebelum Ummi bertapa dua bulan dapatlah kita celebrate birthday Mama Jie dan Babah next month. Ummi nak perap air basuhan ikan sebulan dari tariakh hari ni. Nanti nak surprise Mama Jie maian mandi-mandi air ikan hahaha.

Oklah, till then. Get ready Mama Jie! :p

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!