My Pregnancy Journey | Pregnancy Check-up 9 Week – 28 Week

Pregnancy Journey

Assalamualaikum..

Random pregnancy check up story dari Ummi. Cerita dari 9 week pregnancy sehingga 28 weeks. All in one haha. Macam yang Ummi cerita sebelum ni, Ummi memang tak sangka dan tak tahu pun Ummi pregnant sehinggalah minggu ke 9. Patutlah masa Ummi outstation ke Singapore dan Vietnam tu Ummi rasa tak boleh handle betul bila hidu bau makanan. Tapi tetap tak terfikir yang Ummi pregnant. Allahu Akbar. Allah lindung adik baby ni, Ummi duk melasak turun naik tug boat, naik kapal terbang di awal pregnant, siap lari-lari kat Changi Airport nak cari farmasi, pakej siap ronda bandar Hanoi jalan kaki. Fuhhh. Kuasa Allah kalau dah tertulis rezeki tak ada siapa boleh sangkal.

Bila dah tahu pregnant Ummi tak berlengah lagi,  12/8 Ummi terus ajak Babah pergi ke Poliklinik Rozikin Taman Nusantara. Alhamdulillah dapat jumpa Dr. Noraini Kassim. Lama sangat rasanya tak jumpa dia. Alhamdulillah scan baby linkungan 9 minggu, masa ni EDD Dr. Noraini check dalam 16 Mac 2019. Kalau ikut LMP memang 13 Mac 2019.

Dr. Noraini bagi Duphaston, untuk kuatkan rahim. Tak puas rasa berbual dengan Dr. Noraini. Kami adik beradik memang suka check dengan dia. Rasa selesa sangat nak berbual dan dia pun ramah tamah mesra.

Seminggu lepas tu baru Ummi buat buku pink yeay!

Cuba tengok bahagian perihal kandungan tu, kata nurse KK Desa Paya Mengkuang, panjang benor sejarah Ummi awak ni. Apa boleh buat nurse, lain orang lain dugaannya.

1st appointment.. KK Desa Paya Mengkuang.
Hb 12.9 – Weigth 65.6kg

Masa ni dah dapat appointment untuk buat Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) pada 10 Sep 2018. Dalam bahasa mudahnya minum air gula yang sedap itu hahaha. Entry khasnya nanti Ummi publish. Lepas je MGTT tu 12 Sep dah ada appointment dengan doktor KK Gelang Patah.

2nd appointment.. KK Gelang Patah.
Hb 13.7 – Weigth 63kg
Masa ni awal-awal dah dapat apapointment SCOG HSA 4 Nov 2018, follow up KK Desa Paya Mengkuang 7 Oct 2018.

Berat Ummi turun sebab morning sickness agak teruk sampai Ummi tak boleh masak, bau-bau tumisan. Thanks Babah dan anak-anak kerana memahami. Terpaksa minta bantuan Mommy Ngah untuk masakkan dalam 2 3 bulan juga la. Walaupun Ummi rasa anti sungguh dengana bau masakan Mommy tu tau hahaha. Kadang-kadang Mama Cu dan Nenek pun jadi mangsa. Alhamdulillah masuk 2nd trimester dah ok, hilang segala mabuk ketum Ummi. Sampai sekarang Ummi dah boleh je masak.

Lawatan nurse KK Desa Paya Mengkuang ke rumah di hari pertama kena buat Blood Sugar Profile (BSP) hehe.

Kenapa kena buat BSP? Sebab MGTT kantoi, sebelum minum air gula (puasa) bacaan 4.9 selepas 8.8. Bertabahlah.

3rd appointment KK Gelang Patah
Weight 64kg

Doktor kata result BSP ok cuma masih kena follow menu GDM on Diet la. Kontrol makan sikit. Ummi tak perlu jumpa Dietitian just ikut je Jadual Makan Ibu Mengandung Yang Mengalami Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Ikut je pengalaman yang sudah-sudah. Next appointment KK Gelang Patah pada 28 Oct 2018. Sejak dari tu memang dah tak ada appointment di KK Desa Paya Mengkuang.

Ultrasound masa 17 weeks di Poliklinik Rozikin. Biasalah mak-mak berisiko ni. Bukan sesaja nak buat ultrasound selalu, memandangkan kalau di KKGP agak kurang jelas jadi Ummi dapatkan second opinion.


Awal dah dapat surat cinta untuk ke SCOG HSA pada 4 Nov 2018.

4th appointment.. KK Gelang Patah
Hb 11.6 Weight 65kg

Berat dah ok sikit dah boleh makan dengan jayanya. BSP result ok kata doktor.

5th appointment.. SCOG HSA
Weigth 65.8kg

Ummi rasa ni antara pregnancy yang berat Ummi tak terlalu mencanak naik. Harap-harap sampai ke penghujungnya. Nanti kalau naik mencanak kang kena minum air bandung 3 layer sekali lagi hahaha. Dah 3 tahun tak buat rutin SCOG ni, macam biasa ajak Babah keluar rumah awal. Ummi je yang masuk ke dalam, Babah jaga anak-anak kat kereta dan bawa diorang makan. Jadi jangan pelik la kalau selalu nampak Ummi ke klinik atau hospital sesorang. Bukan Babah abaikan tanggungjawab meneman Ummi, tapi memang kami yang plan macam tu. Almaklumlah Syamil agak sensitif dengan udara sekeliling jadi lebih baik Babah jaga dia je.

Rezeki Ummi dapat jumpa Dr. Suresh, one of the best specialist in HSA. Memang details doktor ni. Lama dia check Ummi sehinggalah beliau menemui kelainan pada kandungan Ummi. Nanti Ummi ceritakan selepas buat fetal echo dan details scan 8 Jan 2019 ni ya. Mohon doakan yang baik-baik untuk adik baby. Ummi kena ambil darah lagi untuk kali ke 4 sepanjang pregnancy journey ni. Fuhhhh.

Again 3D ultrasound di Poliklinik Rozikin after SCOG HSA. Adik baby sedang aktif di dalam. Semoga yang baik-baik saja ya sayang Ummi. Sayu hati bila nampak adik baby aktif kat dalam. Allah je yang tahu hati Ummi.

6th appointment.. KK Gelang Patah
Weight 65kg

Berat Ummi turun sikit, tapi doktor tak lah marah pun. Appointment kali ni macam tak banyak update. Yang penting next 2 Dec 2018 dah set apapointment SCOG HSA lagi.

7th appointment.. SCOG HSA
Weight 66.7kg

Uikksss tetiba berat naikkan hehe. So far doktor kata ok. Estimated baby weight pun setara dengan pembesaran baby. Kali ni Ummi dapat doktor pakar perempuan, Dr. Adilah. Doa juga nak dapat Dr. Suresh, tapi tak ada rezeki. Tapi takpe Dr. Adilah pun ok. Teruskan GDM on diet. Doktor kata buat BSP 2 minggu sekali. So far doktor kata Ummi tak ada masalah untuk bersalin normal, sebab sebelum ni dah dua kali Vaginal Birth After Ceaserean (VBAC). Mudah-mudahan kali ni pun masih boleh bersalin secara normal dengan izin Allah.

8th appointment.. KK Gelang Patah
Weight 67kg

Berat naik la 300gm. Check up kali ni pun tak banyak update. Doktor just nak monitor BSP yang Ummi buat a day before appointment. So far BSP ok. Nampak macam jenuh je kan banyak appointment, ya memang itu yang Ummi rasa. Tapi apa boleh buat, redho jek lah. Walau terpaksa menunggu turn 4 jam, masuk jumpa doktor hanya 5 minit hehehe. Ummi memang minta jasa baik doktor bagi appoitnment hari Ahad malas nak ganggu cuti.

Ini surat cinta untuk rujukan buat Fetal Echo pada 8 Januari 2019 nanti.

9th appointment.. KK Gelang Patah
Hb 11.6 Weight 67kg (maintain)

Tak banyak update, cuma doktor tambah lagi appointment hahaha. Sebelum buat Fetal Echo, 6 Jan 2019 kena buat BSP, 7 Jan 2019 appointment KKGP, 8 Jan 2019 Fetal Echo HSA dan 13 Jan 2019 SCOG HSA. Fuhhhh. Semoga Ummi sihat walafiat, begitu juga adik baby.

Nahhhh belanja sekeping gambar Ummi. Tak ingat dah ni check up bila hehe. Dapatlah “me time” kejap bila Babah tolong jaga The Ilhams kat rumah. Consider “me time” la juga walau lenguh pinggang menunggu turn haha. Thanks untuk semua yang sentiasa mendoakan. Jantung Ummi semakin dup dap dup dap bila tengok kalendar. Semoga segalanya Allah permudahkan. Stay tuned for more updates ya!

Loading

Related Posts

6 thoughts on “My Pregnancy Journey | Pregnancy Check-up 9 Week – 28 Week

  1. Allahu *lap air mata* nak jumpa kakak. nak peluk kuat-kuat, nak nangis banyak-banyak. Semoga tahun 2019 ni menyinari kita dengan kebahagiaan kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!