Stay Fresh Body Sparkling Mist & Pore Purifying Serum Cleanser by Althea Korea

Stay Fresh Body Sparkling Mist & Pore Purifying Serum Cleanser by Althea Korea

Assalamualaikum..

Semakin hari semakin jatuh cinta dengan produk-produk eksklusif dari Althea Korea ni tau. Kali ni ada dua lagi produk hot dari Althea tau.

Taraaaaaaaaaa.. yang pink tu namanya STAY FRESH BODY SPARKLING MIST. Manakala yang botolnya kebiru-biruan tu namanya PORE PURIFYING SERUM CLEANSER.

Stay Fresh Body Sparkling Mist ini merupakan kolaborasi terbaru Althea dengan Titi Kamal. Siapa Titi Kamal? Beliau adalah penyanyi dan pelakon dari Indonesia yang merupakan ikon kecantikan/ fashionista yang terkenal di Asia Tenggara.

Sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist mengandungi 100ml dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM35 sebotol. Murahkan?

BAHAN UTAMA DALAM STAY FRESH BODY SPARKLING MIST:

  • Damask rose water – Mengekalkan kelempaban kulitdan memberikan aroma yang lembut.
  • Sweet orange oil – Bau oren yang menyegarkan.
  • Elder flower extract – Menyejukkan dan melegakan kulit sambil memberikan bau feminin.

CARA MENGGUNAKAN STAY FRESH BODY SPARKLING MIST:

Semburkan ke seluruh bahagian badan selepas mandi. Semburkan lagi bila-bila perlu mengikut keselesaan anda. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Serious memang best tau bau Stay Fresh Body Sparkling Mist. Bau manis-manis gitu. Botol kecil memang mudah untuk dibawa kemana-mana. Boleh spray bila-bila mengikut kesesuaian kita. Memang standby je dalam

Ok jom tengok satu lagi produk best dari Althea.

Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah pembersih muka yang mengandungi formula serum. Ianya berfungsi membersihkan kulit muka dari bahan solekan, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit muka. Selain itu, ia membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia tetap sihat.

Sebotol Pore Purifying Serum Cleanser mengandungi 150ml dengan harga iaitu RM33 sebotol. Masih lagi tahap berpatutan dan mampu milik kan.

BAHAN UTAMA DALAM PORE PURIFYING SERUM CLEANSER :

  • Mint leaf extract – Menyejukkan kulit dan mengurangkan kerengsaan
  • Jojoba seed oil – Membantu melembapkan kulit
  • Tea tree leaf extract – Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

CARA MENGGUNAKAN PORE PURIFYING SERUM CLEANSER:

Lembapkan kulit. Sapukan dengan Pore Purifying Serum Cleanser. Urut perlahan-lahan dengan gerakan bulat selama 5 hingga 10 saat sebelum dibasuh dengan air. Mudah saja kan.

Ummi recommend korang untuk cuba kedua-dua produk ni. Setakat yang Ummi cuba memang best. Dua-dua ada kelebihan tersendiri.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website Althea Korea ya. Kalau dah buka website tu ada pontesi korang tergoda lalu terorder secara online hehe.

247 total views, 1 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Stay Fresh Body Sparkling Mist & Pore Purifying Serum Cleanser by Althea Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: