Huggies Dry Pants Lampin Pakai Buang Pilihan Ibu-ibu Malaysia

Parenting

Huggies Dry Pants Lampin Pakai Buang Pilihan Ibu-ibu Malaysia | Assalamualaikum semua. Khas untuk ibu dan ayah yang masih dalam dilemma nak memilih lampin pakai buang anak-anak. Meh sini rapat-rapat. Ummi nak kongsikan lampin pakai buang paling best di Malaysia 😉

Pernah guna jenama HUGGIES DRY PANTS? Ummi pun baru je berjinak-jinak dengan jenama ni. Sebelum ni Ummi guna jenama lain. Sejak guna ni memang rasa best sesangat. Eh, anak yang pakai kenapa pula Ummi yang kata best ni? Mestilah kan.. Umminya haruslah ambil tahu kualiti lampin yang digunakan untuka anak-anak supaya dapat memenuhi keselesaan anak dan juga berbaloi-baloi dengan harga dan kualitinya. Tak gitu?

Ok, jom baca kenapa Ummi kata HUGGIES DRY PANTS ni best?

1. SELUAR LAMPIN MENYERAP TERPANTAS DI MALAYSIA

Penyerapan yang sangat pantas dan terbaik dalam banyak-banyak jenis lampin pakai buang (jenis seluar). Membantu mengurangkan masalah kulit bayi dan memberikan keselesaan. Sesuai sangat untuk anak-anak yang aktif.

2. 1000 LUBANG MIKRO YANG MENYERAP PANTAS

Terdapat 1000 lubang mikro yang menyerap pantas untuk penyerapan segera agar kulit Si Manja sentiasa kering dan selesa. Teknologi U-fold dengan penghalang kebocoran berganda yang boleh mengelakkan kebocoran air kencing di celah peha.

3. TEKNOLOGI COMFORT 5

Dengan Teknologi Comfort 5 membolehkan muat secara fleksibel dari 5 bahagian: pinggang pada perut, pinggang belakang, dua belah kaki dan kelengkang.  Huggies Dry Pants memberikan keselesaan yang fleksibel dari semua arah. Ianya mampu menyerap air kencing sehingga 10 jam agar si manja kering sepanjang malam. Kajian berdasarkan kajian atas kadar kencing purata bayi dalam tempoh 12 jam dan keupayaan simpanan lampin 100%.

4. TERDAPAT PELBAGAI SAIZ 

Huggies Dry Pants terdiri dari saiz S (4-8kg), M (6-12kg) ,L (9-14kg), XL(12-17kg) & XXL (15-25kg). Untuk baby tua Ummi tu, masih pakai saiz M hehehe. Maklumlah badan slim. Bila kita membeli mengikut berat sebenar anak, ianya lebih memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang hari.

5. TERBUKTI BERKESAN SECARA KLINIKAL MENGHALANG RUAM LAMPIN

Huggies Dry Pants merupakan jenama lampin pakai buang yang PERTAMA di Malaysia yang terbukti berkesan secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Memudahkan pengaliran udara sebanyak 10 kali ganda dan membantu pencegahan ruam lampin berbanding dengan pelapik tanpa pengaliran udara. Ianya merupakan salah satu  kriteria paling penting bagi ibu-ibu dalam memilih lampin pakai buang. Huggies Dry Pants memberikan kekeringan yang lebih lama jadi risiko untuk anak-anak mendapat ruam lampin lebih tipis dari lampin pakai buang jenama lain.

6. MUDAH DIPAKAI DAN DIBAWA KEMANA SAJA

Bagi ibu-ibu yang suka travel bersama anak-anak, Huggies Dry Pants sangat membantu memudahkan perjalanan anda. Mudah dibawa kemana saja. Yang paling penting senang untuk disarungkan seperti seluar bila menukar lampin anak-anak.

7. HARGA YANG BERPATUTAN

Huggies Dry Pants boleh didapati di mana-mana kedai dengan harga berpatutan. Kalaua ibu ayah malas nak ke kedai, jangan risau beli je secara online. Mudah dan menjimatkan masa.

CARA PEMAKAIAN HUGGIES DRY PANTS

  • Dipakai seperti seluar bayi dengan perkataan “FRONT” di bahagian depan. Pelindung peha hendaklah dipadankan dan tidak terlipat bagi mengelakkan kebocoran.
  • Setelah digunakan, anda hanya perlu koyakkan kedua-dua bahagian tepi untuk menanggalkannya.

Ok Ummi rasa itu antara faktor-faktor penyumbang kepada pemilihan Huggies Dry Pants berbanding jenama-jenama lain. Ummi harap sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah di luar sana untuk bertidak lebih bijak sebelum memilih lampin pakai buang yang betul-betul berkualiti dan memberikan keselesaan kepada anak-anak. Anak selesa ibu gembira!

Jom bertukar kepada HUGGIES DRY PANTS!

#HuggiesMyFastest

Follow HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

16 thoughts on “Huggies Dry Pants Lampin Pakai Buang Pilihan Ibu-ibu Malaysia

  1. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!