Throwback PTP 2018 Back To School Programme

HN & Aktiviti Sukarelawan Rambling Ummi Ilham at Work

Assalamualaikum..

Macam tahun lepas, tahun ni punya PTP 2018 Back To School Programme pun Ummi perap sampai masak ranum. Apa entah motif perap lama-lama hahaha. Sebenarnya sebab hari ni adalah “Hari Sukarelawan Sedunia”. Jadi baru berkobar-kobar rasa nak update ehhhh.

20180102_140821

Seperti tahun sudah, Ummi masih lagi menjadi salah seorang sukarelawan dalam program tahunan anjuran PTP. Alhamdulillah, ini je peluang yang Ummi ada untuk saham akhirat. Tak banyak mana pun jasa, cukuplah buat tambah-tambah amalan.

20180102_141133

Tahun ni geng sukarelawan PTP ni berubah muka. Semenjak ketiadaan Puan Fadhillah Isa, kita ada pengganti baru Cik Noni. Kami ni geng makan, geng Jumaat dan geng sukarelawan juga.

20180102_143719

20180102_143733

Tugas Ummi masa tu, menjaga Kaunter 1 untuk agihan bantuan ke SMK Tmn Nusantara, SMK Gelang Patah (ex-sekolah tempat Ummi menabur ilmu) , SMK Tg. Adang (ex-sekolah tempat Ummi menuntut ilmu) dan SMK Kompleks Sultan Abu Bakar.

20180102_153815

Majlis penyerahan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan sekitar Gelang Patah.

20180102_161024.jpg

Gambar kenangan bersama penerima bantuan.

20180102_161402.jpg

20180102_161406.jpg

Kasi can Acik-acik berposing paulak.

20180102_161233.jpg

Abaikan kelebaran muka Ummi.

20180102_163920

Gambar kenangan bersama CEO, DCEO, Head of Human Capital Management dan rakan-rakan sekerja yang menjadi sukarelawan program ni.

20180102_163358.jpg

Acik-acik posing lagi.

20180102_163541

Aktiviti wajib.. rakan sebumbung punya trademark hahaha.

20180102_164418

20180102_164436

20180102_164628

Jamuan sebelum masing-masing bersurai.

20180102_161134.jpg

Terima kasih kepada pihak Corporate Communication PTP atas peluang yang diberikan. Insya Allah untuk tahun 2019 kalau Ummi masih larat, Ummi akan ambil lagi peluang ni. Maklumlah sekarang dah macam muatan berat hehe. Duduk lama-lama pun sakit pinggang bawa ke esok. Semoga Allah berikan Ummi kesihatan yang baik dan umur yang panjang dana berkat untuk terus menabur bakti.

Khas buat semua sahabat sukarelawan dari KELAB SOKONGAN PENYUSUAN SUSU IBU JOHOR BAHRU(KSPSIJB) dan PROJEK BEG SEKOLAH..

“SELAMAT HARI SUKARELAWAN SEDUNIA”

Semoga Allah terus menjaga niat kita dan bantu kita untuk terus membantu dan memudahkan urusan orang lain. Jom bantu Ummi untuk memberikan senyuman kepada anak-anak yang memerlukan menerusi program Projek Beg Sekolah. Korang boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah. Doakan urusan kami mengumpul dana ini dipermudahkan ya.

 

Related Posts

4 thoughts on “Throwback PTP 2018 Back To School Programme

  1. semoga umi terus diberikan kesihatan menjadi sukarelawan tahun depan..apa pun tahniah kepada team sukarelawan semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!