Pemakaian Kasut dan Stokin 2019

Assalamualaikum..

Alhamdulillah lega bila dapat info dari group whatsapp kelas Abang Ilham tentang Pemakaian Kasut dan Stokin 2019. Hati Ummi berlagu riang bila cikgu sekolah Abang Ilham membenarkan untuk memakai kasut hitam. Yeay! Senang nak cuci ehhh.

Ummi tak fokus pada sekolah anak orang lain yang memang dah melaksanakan pemakaian kasut hitam lebih awal. Ummi fokus pada keputusan dari sekolah anak sendiri je hehehe. Berdasarkan kenyataan media KPM perlaksanaan kasut dan stokin berwarna hitam akan dijalankan secara beransur-ansur (soft landing). Pemakaian penuh dilaksanakan pada tahun 2021. Untuk tahun 2019 dan 2020 ibu bapa masih diberi peluang untuk memilih kasut hitam atau putih.



Boleh rujuk gambar di atas sebagai panduan pemakaian kasut dan stokin. Sekiranya ingin memakai kasut hitam, pastikan stokin juga berwarna hitam. Begitu juga sekiranya ingin memakai kasut putih, sila pastikan stokin juga berwarna putih. Tidak dibenarkan memakai kasut hitam dan berstokin putih. Ok noted! walaupun Ummi dah siap beli 2 bungkus stokin putih untuk sesi persekolahan 2019. Stokin tu pakai untuk main bola je la sepatah kata Babah.

Kebetulan seminggu sebelum cuti sekolah yang lepas, ada budak tu merengek nak beli kasut hitam sebab dia kata “tahun depan dia jadi pengawas” (konfiden ok). Ummi Babah tak nak menjatuhkan semangat dia, Ummi Babah doa banyak-banyak mudah-mudahan makbul doa Ilham nak jadi pengawas. Babah pun belikan la sepasang kasut hitam. Jadi kasut tu nanti bolehlah Ilham pakai masa darjah 2 dan tambah lagi sepasang dua untuk bergilir-gilir pakainya nanti.

Ok itu je nak kongsi. Banyak draft entria beratur ni nak oii. Harap Ummi rajin update blog hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Pemakaian Kasut dan Stokin 2019

  1. assalamualaikum hernee…senang pakai kasut hitam ni,kalau kotor x nampak ketara sangat kn…selamat bersekolah semula Ilham…mesti dpt jd pengawas tu…

Leave a Reply to Uyul Rosli Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *