Dinner di Restoran Bubur Nasi Lany Bangunan Arked MARA Gelang Patah

Foods Review

Dinner di Restoran Bubur Nasi Lany Bangunan Arked MARA Gelang Patah | Assalamualaikum. Cerita dinner beberapa minggu lepas. Bukan malam ni ok, malam ni Ummi is rajin masak. Mood masak kembali menghantui hehehe.

Dinner di Restoran Bubur Nasi Lany Bangunan Arked MARA Gelang Patah

Ok nak share dengan korang yang belum pernah makan di Restoran Bubur Nasi Lany di Bangunan Arked MARA Gelang Patah dan bersebelahan dengan Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah.

Sebelum ni Ummi dah pernah makan buburnya tapi Mommy Ngah dan Babah la tukang tapau hehe. Sebenarnya masa ni Ummi nak COD Shaklee ke kawasan Kg. Baru tu, alang-alang singgah jek la makan malam terus. Nampak permainan dia! :p

Dinner di Restoran Bubur Nasi Lany Bangunan Arked MARA Gelang Patah

Antara menu yang terdapat di Restoran Bubur Nasi Lany. Sebenarnya Ummi ingat ada bubur je kat sini hehehe. Rupanya banyak lagi menu-menu sedap. Ada aneka nasi, aneka mee, aneka soto, ubi rebus, roti jala, rojak buah dan rojak petis.

Ummi dan Babah pilih untuk makan bubur nasi. Sedap uolls. Tak payah dah penat-penat nak ajak Babah ke Taman Sentosa ekekeke. Tapi sekali sekala apa salahnya nak ke sana hehehe. Memang cukup rasa semua. Telur masin tu Babah punya, dia kena pantang masin-masin hehehe jadi dia bagi Ummi. Ehhhh ke Ummi yang minta ek? :p

Dinner di Restoran Bubur Nasi Lany Bangunan Arked MARA Gelang Patah

Abang Syamil Ummi orderkan sup kaki ayam dan nasi putih. Sedapnya la hai sup kaki ayam dia ni tau. Kami anak beranak memang hantu kaki ayam. Banyak sumber collagen ok, awet muda ekeke. Kerana seketul kaki ayam ni The Ilhams boleh ajdi merajuk level berebut-rebut tau fening mak hehehe. Tapi masa ni Abang Syamil makan dengan aman sebab Abang Ilham tak ikut kami, dia ikut Mama Cu dan Uncle Cu makan sup gear box Pak Mus. Ummi sempat juga la ngecek berketul-ketul kaki ayam tu, simbah sikit dengan sambal kicap ya ampun mantap! hehehe. Tapi bubuh dalam piring la, kalau letak sekali sambal kicap dalam mangkuk tu kang meraung member kepedasan. Syamil ni versi k-pop tak kuat pedas hahaha. Suka hati mak dia bagi gelaran.

Ok, korang yang duduk sekitar Gelang Patah meh la cuba makan kat sini. Sedap dan harga berpatutan. Yang nak jalan-jalan ke Gelang Patah pun jangan risau lapar. Sini banyak je kedai makan sedap-sedap. Sediakan je lah duit korang hehehe. Nanti Ummi cari lagi kedai-kedai makan sedap lain untuk share dengan korang ok.

Till then, babai uolls!

p/s Ummi kena sampuk rajin update blog tetiba! Ehhhhh.. aura SoHo baru mungkin :p

LOKASI RESTORAN BUBUR NASI LANY, GELANG PATAH, JOHOR.

Baca juga: Senarai Tempat Makan Sedap di Gelang Patah

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Dinner di Restoran Bubur Nasi Lany Bangunan Arked MARA Gelang Patah

  1. bilalah gamaknya nak ke sana ni..Banyak dah tempat makanan menarik yang patut terjah ni ke sana

  2. Alhamdullilah.. Terima kasih kak sudi datang kedai kita ? Terlebih terkurang minta halal ??❤️

    1. sama2.. dah byk kali akak makan bubur tu.. tapi baru first time datang makan kat sana.. hehe.. memang sedap.. sup kaki ayam pun meriah n cukup rasa.. keep it up! ??????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!