Tok Ayah’s 59th Birthday Celebration – 10 Okt 2018 @ Restoran Saujana Seafood

Family's Birthday

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam 10 Oktober 2018 genap umur Tok Ayah 59 tahun. Macam biasalah plan makan-makan sambil potong kek anak beranak. Kali ni kita pergi dekat-dekat je la ya sebab planner nya Ummi haha. Anak-anak pun nak makan kat laut kata dia so mana lagi, Restoran Saujana Seafood la kita. Lepas maghrib kami berkumpul satu family.

Sponsored birthday cake by Mommy Ngah. Mula asal Mommy nak ke Secret Recipe, tapi hujan lebat sangat beli kek mana sempat jek la. Ummi baru terbayang white choc cheese cake hahaha.

Kitorang ambil pakej senang. Dalam Pakej 1 tak ada ketam maka tercari-carilah peminat ketam mana ketam tak muncul hahaha. Saja malas nak order sebab Ummi Babah dah lapar malas nak kopek kulit ketam hahaha.

Tok Ayah peminat asam pedas, jadi haruslah Ikan Siakap Asam Pedas. Cucu sulong dia pun sama siap menghirup kuah asam pedas tu oi. Gambar Ikan Siakap Stim Lemon mana entah tercicir. Syamil syok sangat makan berkuah stim lemon, tapi dia panggil kuah kari hahaha.

Tomyam Campur.

Udang Nestum

Sotong Goreng Tepung

Kangkung Belacan

Sayur Chapchai

Sebelum makan posing dulu ok. Tok Ayah, Nenek dan Mak Wee (nama panggilan The Ilhams sampai emua orang dah terikut). Kemain senyum Tok Ayah haha. 

Ummi dan Babah. Ecehhhh yang dua orang tu mana entah pergi.

Mommy Ngah dan Daddy Ngah.

Mama Cu dan Uncle Cu.

Lepas posing memasing barulah makan. Kang ajak bergambar lama-lama mahu hijau muka uii. Memasing dah kelaparan hehehe. Lepas makan, sembang-sembang lepas tu kita potong kek.

Team lelaki.. tapi Mak Wee memang tiap tahun ada terselit hahaha.

Team perempuan, tapi Abang Ilham pula menyelit sambil mendengki. Gasak!

Ok ni team anak-anak perempuan Tok Ayah. Rezeki Tok Ayah, Allah bagi anak perempuan lebih sikit.. tang cucu Dia bagi lelaki berderet hehe. Kita tunggu rezeki Mommy Ngah dan Mama Cu nanti ya hehehe. Lepas potong kek, sembang-sembang lagi dan balik. Esok kerja.. sekolah uiii.

Macam biasa, makan kat Restoran Saujana Seafood ni memang tak pernah mengecewakan. Sedap macam dulu-dulu juga. Memang recommended la untuk korang yang nak cari fresh seafood sekitar Gelang Patah ni. Harga pun berpatutan. Surau disediakan.

Untuk Tok Ayah.. Happy 59th Birthday!

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Tok Ayah. Semoga usia yang tersisa sentiasa di berkati olehNya. Semoga Tok Ayah dipanjangkan usia dan dikurniakan rezeki yang halal dan berkat. Semoga segala amal ibadat Tok Ayah diterima. Kami semua sayang Tok Ayah.

p/s Thanks Babah belanja makan 😉

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Tok Ayah’s 59th Birthday Celebration – 10 Okt 2018 @ Restoran Saujana Seafood

  1. Happy belated day To Ayah..
    Moga sihat dan bahagia bersama isteri, anak-anak dan cucu-cucu juga menatu-menantu kesayangan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!