Shaklee Biz

Cerita Lucky Draw di Shaklee JB Branch.. Yeay! Dapat Vivix.. Keychain

Assalamualaikum..

Cerita hari Sabtu, dapat berita gembira dari Mommy Salwa. Berita apa? Jom baca dulu ya hehehehe.

Hari Jumaat Ummi gigih kumpul order Shaklee nak cukupkan 200 uv untuk layak mendapat cabutan bertuah di semua branch sempena Hari Malaysia. Alhamdulillah tercapai dan Ummi dengan muka tak malunya kirim Mommy Salwa ke branch. Hadiah cabutan bertuah memang gempak-gempak. Dalam hati memang berdoa nak dapat Vivix, memandangkan Vivix Ummi dah yilek. Lebih kurang jam 11.45am Ummi dapat whatsapp dari Mommy Salwa.

Ehhhh.. macam tak percaya. biar betul.

Lepas tu Mommy Salwa bagi video cabutan dan gambar ni. Ya..Ummi memang dapat Vivix.. tapi VIVIX KEY CHAIN hahahaha. Gelak sesorang oiiii. Nasib baik level excited Ummi tu tak lah mencanak-canak. Kalau tak kuciwa hahaa.

Alahaaaiii nama pun “lucky draw” kalau lucky ada la hadiahnya ye tak. Kalau tak, redho je lah apa pun yang dapat. Vivix keychain tu pun comel je. Ummi ok je. Nampaknya doa Ummi belum cukup spesifik tu, kena upgrade doa hehehe.

Itulah hasil membeli-belah yang menjadi titik tolak rezeki Vivix Keychain.. 1 set Ostematrix Promo Buy 3 5% off, COQ Health 2, Omega Guard 1, Phytocol-ST 1 dan Vitamin E 1. Next time kita cuba lagi ya. Yang lepas pun dapat pill box cantik, Ummi hadiahkan pada Nenek hehehe.

Ok ada 6 hari lagi untuk promo Shaklee bulan September ya kawan-kawan. Bulan ni special untuk ibu mengandung dan sesiapa yang kurang kalsium dan ada masalah sendi. Boleh PM Ummi untuk order.

SHAKLEE PROMO SEPTEMBER 2018
PRENATAL SET – SET IBU MENGANDUNG

Prenatal set atau Set Shaklee bagi ibu mengandung ini mengandungi 6 makanan tambahan yang terbaik untuk membantu perkembangan bayi dan juga kesihatan ibu mengandung.

Set ni memang Ummi dah consumed sejak 2011 lagi. Alhamdulillah memang membantu memberikan kesihatan dan kecergasan Ummi sepanjang mengandungkan The Ilhams.

Kenapa Ummi suka sangat “Set Ibu Hamil” ni?

B-Complex

  • Membantu saya mencegah anemia, sakit kepala, keletihan yang melampau. Anak-anak sangat aktif, sepanjang hamil macam-macam ragam baru keluar, jadi Ummi mesti kekal cergas dan alhamdulillah b-complex membantu masalah keletihan Ummi.

Vita-lea

  • Mutivitamin , menampung kekurangan vitamin & mineral dalam badan. Ibu hamil perlukan makanan yang seimbang dan vitamin yang mencukupi. Jadi Ummi ambil Vita-lea untuk membantu Ummi menutup lompong-lompon kekurangan vitamin dalam badan.

Vita- C Sustained Release

  • Mengurangkan risiko gusi berdarah, lebam kulit, meningkatkan imunisasi. Bila badan rasa tak sedap, Vita-C membantu saya kekal cergas dan mengurangkan risiko demam.

Ostematrix 

  • Menguatkan tulang, mengelakkan kebas & kekejangan, meringankan stress. Selalunya bangun tidur semakin berat kandungan datanglah sakit pinggang, lenguh-lenguh sendi. Tapi dengan adanya ostematrix, ia membantu mengurangkan risiko sakit pinggang yang saya alami.
  • Proses pembuangan pun berjalan lancar tanpa ada masalah sembelit.
  • Membantu mengurangkan risiko bengkak kaki atau simpul biawak.

Omega Guard

  • Membantu tumbesaran otal bayi, menguatkan sistem imun, menyihatkan paru-paru. Sebelum ni pun memang Ummi consumed Omega Guard sepanjang menyusukan The Ilhams. Omega Guard membantu proses tumbesaran otak bayi dan membantu Ummi kekal sihat. Alhamdulillah sepanjang hamil tak pernah mengambil medical leave. Harap2 sampai bersalin saya sentiasa kekal sihat.

Energizing Soy Protein

  • Sumber protein, menguatkan rahim, baik untuk kulit ibu dan bayi. ESP memang sangat2 membantu saya mengurangkan rasa lapar. Lagi2 dalam bulan puasa yang lepas yang mana ianya adalah pengalaman pertama saya berpuasa ketika hamil, Setiap kali sahur ESP adalah peneman setia saya. Mengurangkan rasa lesu di siang hari dan juga di pejabat.

SHAKLEE PROMO SEPTEMBER 2018
OSTEMATRIX BUY 3 5% OFF

Ostematrix.. Bukan Sekadar Kalsium

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan

#ShakleeEffect >> bangun tidur badan jadi segar bugar.. tiada masalah sembelit atau kesukaran membuang air besar.. lenguh2 sendi hilang selepas bangun tidur.

Berminat nak mencuba produk Shaklee.. boleh contact Ummi ya 😉

p/s Esok gaji.. dah ada 4 set Ostematrix Buy 3 5% Off tempahan dari pencinta produk Shaklee.. Uolls bila lagi? 😉

368 total views, 4 views today

Share this nice post:
Tagged , , , , , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

2 thoughts on “Cerita Lucky Draw di Shaklee JB Branch.. Yeay! Dapat Vivix.. Keychain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *