Foods Review

Makan Tengahari Di Restoran Periuk Kampung Taman Nusa Bayu

Assalamualaikum.. Cerita berminggu-minggu lepas. Projek JJCM empat beranak. Lokasi tak jauh mana, masih dalam kawasan jajahan Gelang Patah hehe. Kisah seorang ibu yang tak masak makan tengahari hehe. Maka si ibu mengajak suami dan anak-anak menjamu selera di Restoran Periuk Kampung Taman Nusa Bayu, Gelang Patah, Iskandar Puter. Eh panjang alamat hahaha.

Buku Menu.. beriya Ummi snap.

Ada menu set.. nasi, ulam satu set dan sambal belacan. Percuma air teh o ais 50 sen.

Ini pula menu salai, ada daging salai.. itik salai masak lemak cili api.

Masakan panas goreng-goreng pun ada.

Ini menu sampingan yang ada. Air pun banyak jenis.

Kami order 3 menu set. Jadi dapatlah free 3 cawan teh o ais. Ok jom tengok apa kami empat beranak makan.

Set Bawal Goreng, kuah kari, sambal belacan, sambal kicap dan ulam untuk The Ilhams. Untuk kuah tu ada dua pilihan nak kari atau kuah masak lemak cili api. Ummi pilihkan diorang kari takut masak lemak tu pedas teruk. Tang aksesori lain tu Ummi la yang bedal. Cuma tambahan nasi je untuk diorang, ikan tu besar share je. Siap Ummi pun bedal sekali sebab bawal goreng tu sangat sedap ok digoreng rangup. Seriouslah terbayang-bayang makan. Harga satu set RM10.

Set Siakap Goreng, kuah masak lemak cili api, sambal belacan, sambal kicap dan ulam untuk Babah. Siakap ni saiz boleh tahan besar sedap juga. Padahal siakap goreng je tapi cara gorengan tu memang sedap. Harga satu set RM12. Kalau nak compare harga dengan saiz ikan memang berbaloi la.
Set Patin Tempoyak, sambal belacan, sambal kicap dan ulam untuk Ummi. Ummi ni bila nampak patin tempoyak aje boleh jadi parkinson hahaha. Boleh tahan sedap, tapi kuahnya tu kalau lebih masam lagi sikit lagi ummppphhhh.

Overall makanannya memang sedap dan puas hati dan harganya berpatutan. Rasa kalau tempat lain tak dapat la ikan patin tempoyak harga macam tu. Cuma agak lama jugalah nak menunggu makanan tu. Muka Babah baru nak ke arah hijau cair la hahahaha dengan drama dua orang drama king ni lagi kan.

Ok kalau korang nak merasai kesedapan menu kat atas tu, korang bolehlah terjah alamat kat bawah ni ya. Banyak lagi menu-menu lain yang korang boleh cuba. Selamat menjamu selera! 😉

RESTORAN PERIUK KAMPUNG Alamat: No 46, Jalan Bayu 3/2, Taman Nusa Bayu, Iskandar Puteri. Waktu Operasi: 11am – 2am

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

6 thoughts on “Makan Tengahari Di Restoran Periuk Kampung Taman Nusa Bayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *