Peria Goreng Sedap Dari Teluk Rubiah’s Kitchen

Foods Review

Peria Goreng Sedap Dari Teluk Rubiah’s Kitchen | Assalamualaikum semua. How’s life today? Ummi? Alhamdulillah.. masih mampu bernafas sehingga ke hari ni. Ok, kalau korang buka blog Ummi ni mesti bergilir-gilir entri makanan kan hehe. Almaklumlah tuan punya blog memang kaki makan.

Ceritanya macam ni, Ummi baru je berkenalan dengan penambah selera terbaru ni.. “Peria Goreng” dari Teluk Rubiah’s Kitchen. Ummi memang penggemar peria, lagi-lagi kalau masak goreng pecah telur tu. Memang tak kisah pun kepahitan peria tu. Sedap uii! Alaaaa.. macam tagline kat botol tu la.. “Pahit sikit je.. tapi sedap” hehehe.

Ini rupa Peria Goreng tu. Memang sedap tau. Rangup ada rasa rempah-rempah sikit. Krup krap gitu bila kunyah. Tak sedar makan habis sebalang. Bukan je boleh buat lauk, boleh juga kunyah-kunyah sambil tengok tv. Syamil pun bedal sekali hehehe. Anak Ummi sorang tu memang tolak batu dengan kayu sikit ikut mak dia :p

Peria Goreng Sedap Dari Teluk Rubiah’s Kitchen

Hari tu masa lunch, Ummi makan lauk asam pedas ni ditambah dengan peria goreng. Ehhhhh.. nasiblah masih boleh kawal nafsu makan, kalau tak mahu bertambah-tambah nasi tu oi. Eceeehhhh~

Kalau korang berminat bolehlah mencuba barang sebalang dua Sebalang (250gm) hanya RM10 je. Serious sedap. Korang boleh follow instagram Teluk Rubiah’s Kitchen dan klik button di bawah untuk tempahan.



Loading

Related Posts

10 thoughts on “Peria Goreng Sedap Dari Teluk Rubiah’s Kitchen

    1. Rasanya tidak sama dengan kerepek belinjau. Peria goreng ini mempunyai rasanya tersendiri. Peria goreng kami ini ranggup + kurang rasa pahitnya. Makan sebalang tak cukup.

      Boleh whatsapp kami cuba dapatkan peria goreng ini – 0189004764

  1. agaknya kalau goreng macam ni pahitnya kurang kot ye. nampak macam sedap. macam kacang parang pon ada, rasa nya sama tak? ish…kalau makan peria goreng pecah telur tu memang tak termakan rasanya. tak tahan pahit.

    1. Ya betul. Apabila peria tersebut telah di goreng ranggup sekaligus menjadi menjadikan rasa pahit itu menjadi kurang. Makan sebalang tak cukup.

      Boleh whatsapp kami cuba dapatkan peria goreng ini – 0189004764

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!