Foods Review

Peria Goreng Sedap Dari Teluk Rubiah’s Kitchen

Assalamualaikum semua..

How’s life today? Ummi? Alhamdulillah.. masih mampu bernafas sehingga ke hari ni. Ok, kalau korang buka blog Ummi ni mesti bergilir-gilir entri makanan kan hehe. Almaklumlah tuan punya blog memang kaki makan.

Ceritanya macam ni, Ummi baru je berkenalan dengan penambah selera terbaru ni.. “Peria Goreng” dari Teluk Rubiah’s Kitchen. Ummi memang penggemar peria, lagi-lagi kalau masak goreng pecah telur tu. Memang tak kisah pun kepahitan peria tu. Sedap uii! Alaaaa.. macam tagline kat botol tu la.. “Pahit sikit je.. tapi sedap” hehehe.

Ini rupa Peria Goreng tu. Memang sedap tau. Rangup ada rasa rempah-rempah sikit. Krup krap gitu bila kunyah. Tak sedar makan habis sebalang. Bukan je boleh buat lauk, boleh juga kunyah-kunyah sambil tengok tv. Syamil pun bedal sekali hehehe. Anak Ummi sorang tu memang tolak batu dengan kayu sikit ikut mak dia :p

Hari tu masa lunch, Ummi makan lauk asam pedas ni ditambah dengan peria goreng. Ehhhhh.. nasiblah masih boleh kawal nafsu makan, kalau tak mahu bertambah-tambah nasi tu oi. Eceeehhhh~

Kalau korang berminat bolehlah mencuba barang sebalang dua Sebalang (250gm) hanya RM10 je. Serious sedap. Korang boleh follow instagram Teluk Rubiah’s Kitchen dan klik button di bawah untuk tempahan.


View this post on Instagram

BESOK KAMI AKAN BUAT DELIVERY #PERIAGORENG SECARA BESAR-BESARAN!!!! . Harga sebalang = RM10 Harga untuk lebih 20 balang = RM8/Sebalang . Bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Shah Alam & KPJ Selangor tiada caj penghantaran dikenakan. . Bagi yang berada diluar kawasan yang dinyatakan, caj sebanyak RM12 akan dikenakan. (Tips dia belilah banyak-banyak ya. Baru berbaloi bila dikenakan caj penghantaran 🤣) . . Klik pada link di dalam profile untuk order atau whatsapp order ke 0189004764 . . p/s: Oh ya, kami juga sedang membuat pengambilan agen-agen yang berminat untuk menambah pendapatan pada Ramadhan & Syawal ini. Apa-apa roger 😉 . . . #periagoreng #telukrubiahskitchen #agenperiagoreng #puasa2018 #raya2018 #ramadhan2018 #syawal2018 #deliveryservice #deliverykerepek

A post shared by Teluk Rubiah's Kitchen (@telukrubiahskitchen) on


1,623 total views, 3 views today

Share this nice post:
Tagged ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

9 thoughts on “Peria Goreng Sedap Dari Teluk Rubiah’s Kitchen

    1. Rasanya tidak sama dengan kerepek belinjau. Peria goreng ini mempunyai rasanya tersendiri. Peria goreng kami ini ranggup + kurang rasa pahitnya. Makan sebalang tak cukup.

      Boleh whatsapp kami cuba dapatkan peria goreng ini – 0189004764

  1. agaknya kalau goreng macam ni pahitnya kurang kot ye. nampak macam sedap. macam kacang parang pon ada, rasa nya sama tak? ish…kalau makan peria goreng pecah telur tu memang tak termakan rasanya. tak tahan pahit.

    1. Ya betul. Apabila peria tersebut telah di goreng ranggup sekaligus menjadi menjadikan rasa pahit itu menjadi kurang. Makan sebalang tak cukup.

      Boleh whatsapp kami cuba dapatkan peria goreng ini – 0189004764

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *