Membeli-belah Lebih Mudah Secara Online di IKEA.my

Info Sharing

Assalamualaikum..

Berita baik buat semua penggemar produk IKEA, sekarang korang dah boleh membeli-belah semua produk IKEA secara aras talian atau dalam bahasa orang putihnya “online” hehehe. Korang part shopping online kan memang expert hehe. Kalau yang malas nak ke IKEA dan dah ada wishlist nak beli barang apa, haaaa buka website IKEA lepas tu apa lagi.. klik.. klik.. klik.. je lah.

ikea online order.jpg

Ikuti panduan mudah, 3 langkah ini untuk penghantaran perabot ke rumah anda:

panduan membeli ikea secara online.jpg

Langkah 1 – Beli Dalam Talian

Pilih apa saja barang kegemaran korang,  klik “Beli dalam talian” untuk menambah item yang dipilih ke dalam beg beli-belah anda.

Langkah 2 – Checkout dan pilih jenis perkhidmatan anda

Periksa kuantiti dan item yang ingin dibeli pastikan sama dengan apa yang dipilih. Masukkan maklumat lengkap penerima, nombor kad ahli, alamat dan nombor untuk dihubungi. Sila sahkan bayaran.

Langkah 3 – Penghantaran

Pesanan anda telah didaftarkan dan sedang dalam perjalanan. Pihak IKEA akan memaklumkan status penghantaran anda dengan menghantar e-mel notifikasi dan nombor tracking.

Tips: Jika anda ingin menyemak kawasan penghantaran dan bayaran, klik disini. Untuk menyemak status penghantaran anda, klik disini.

Ummi baru nak berangan order online, sekali masuk poskod Gelang Patah keluar pesanan “Servis penghantaran untuk pembelian online tidak tersedia untuk poskod anda. Sila lawati gedung IKEA yang berdekatan untuk pembelian.” Okbai! Hancur harapan Ummi nak klik klik hahaha. Baru nak bermanja-manja dengan IKEA ekeke. Kena ke IKEA Tebrau juga nampak gayanya.

Related Posts

2 thoughts on “Membeli-belah Lebih Mudah Secara Online di IKEA.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!