CHOMEL Foaming Hand Wash & CHOMEL Hand Sanitizer Semulajadi, Selamat & Berkesan

Products Review

Assalamualaikum uolls 😉

Sekarang ni musim penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD Ummi sama seperti ibu ayah yang lain, risau sangat tentang kesihatan anak-anak. Lagi-lagi Syamil yang agak sensitif. Ibu ayah yang ada anak kecil, jangan lupa ambil berat tentang isu kesihatan dan kebersihan anak-anak tau lebih-lebih lagi bayi yang baru lahir. Almaklumlah, bila dah bertemu ramai orang anak-anak kita juga terdedah kepada jangkitan kuman dan virus. Seriau le kalau membayangkan anak-anak sakit ni.

chomel baby product

_DSC0775

Apa tindakan dan ikhtiar Ummi untuk menjaga kebersihan dan kesihatan The Ilhams? Haaa Ummi pastikan diorang kerap cuci tangan dengan CHOMEL Foaming Hand Wash dan CHOMEL Hand Sanitizer. Memang kesukaan budak berdua tu la bila Ummi suruh cuci tangan selalu. Sambil cuci tangan sambil main air tu yang diorang suka tu.

_DSC0520

CHOMEL Foaming Hand Wash 250ml

Harga: RM15.90

CHOMEL Foaming Hand Wash adalah pencuci tangan antibakteria berasaskan tumbuhan yang direka untuk menjadikan kulit lembut. Ianya berkesan membunuh 99.9% kuman dan bakteria. Formula berbuih mudah membasuh kotoran yang melekit. Hypoallergenic, sesuai untuk kulit kanak-kanak yang sensitif. Diperbuat TANPA Triclosan, Parabens, Dyes, Benzalkonium Chloride. Melalui ujian Dermatologi dan untuk kulit sensitif.

Cara Untuk Menggunakan CHOMEL Foaming Hand Wash:

Pam sabun pada tangan, basuh tangan dan bilas dengan air.

Amaran!!!
Elakkan bersentuhan dengan mata. Jangan makan. Jika ditelan hubungi doktor anda.

_DSC0514

CHOMEL Hand Sanitizer 55ml

Harga: RM7.90

CHOMEL Hand Sanitizer  adalah berasaskan tumbuhan yang berkesan membunuh 99.9% kuman dan bakteria. Formula pengeringan cepat dengan Glycerin dan Vitamin E. Hypoallergenic, sesuai untuk kulit kanak-kanak yang sensitif. Diperbuat TANPA Triclosan, Parabens, Dyes, Benzalkonium Chloride. Melalui ujian Dermatologi dan untuk kulit sensitif.

Cara Untuk Menggunakan CHOMEL Hand Sanitizer

Keluarkan sedikit dan gosok pada tangan. Untuk kanak-kanak di bawah umur 6 tahun, sila pastikan dibawah pengawasan orang dewasa.

Amaran!!!
Elakkan bersentuhan dengan mata. Jangan makan. Jika ditelan hubungi doktor anda.

_DSC0800

_DSC0802

Nampak tu budak happy dapat produk kegemaran dia. CHOMEL Hand Sanitizer tu memang BFF dia la ke hulu ke hilir. Kalau Ummi lupa pakaikan pun dia ingat je nak guna sendiri.

Chomel bukan saja mengeluarkan produk CHOMEL Foaming Hand Wash dan CHOMEL Hand Sanitizer malah ada juga produk lain seperti Chomel Breast Pump & Bottle CleanserTravel & Highchair Cleaner, Toy & Surface Cleaner dan Baby Laundry Detergent. Semua produk ini boleh di dapati di website Chomel Baby.
Website:
Emel :
Instagram :
Facebook :
Contact No:
+6016 – 7750 888
(Mon – Fri, 9.30am – 6.30pm, GMT+8)

Related Posts

8 thoughts on “CHOMEL Foaming Hand Wash & CHOMEL Hand Sanitizer Semulajadi, Selamat & Berkesan

  1. senang ada hand sanitizer ni skrg kak.. kalau tak jenuh ke mana2 nak cari tempat basuh tangan je kejenya.. bukan semua budak2 mudah jenis mudah dikawalkan..

  2. Bagus ni, aunty Lin pun pakai sanitizer kemana mana..nanti Ummi nak cium tangan wangi tangan aunty hahahahaha

  3. serius wangi foaming hand ni..naura kemahin suka dok cuci ulang kali tangan dia..umi menyirap je rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!