Texas Chicken New Crunchy Deals Hanya RM5.50!

Foods Review

Texas Chicken New Crunchy Deals Hanya RM5.50! | Assalamualaikum.. Dah baca tajuk atas tu belum? Kalau belum korang ulang baca lagi ya hehe. Ini cerita makan.. ya makan. Ummi nak share dengan korang ayam yang terhangat di pasaran. Rasanya ramai yang dah tahu yang Texas Chicken kini telah pun berada di Johor Bahru City Square. Orang JB dah boleh terjah City Square tau!

texas chicken new crunchy deal

Malam tadi, buat pertama kalinya Ummi nak mencuba menu-menu lazat di Texas Chicken. Mana aci weh tengok kawan-kawan syok makan ayam kat sini. Ummi ajak Babah dan The Ilhams menjamu selera, reward sebelum ditinggalkan 2 hari lagi hehe.

Sebenarnya awal-awal Ummi dah aim set promo New Crunchy Deals ni hehe. Set ni memang nampak menarik harga pun cuma RM5.50 per combo je tau. Kalau korang nak tahu New Crunchy Deals menawarkan 4 set menu yang sememangnya menawan tekak korang. Ummi cuba semua menu crunchy deals yang ada tau. Bukan tamak sebab nak rasa sendiri keenakkannya.

SET MENU NEW CRUNCHY DEALS DI TEXAS CHICKEN

wordswag_1532912736065.png

1 pc Chicken & Bottomless Drink
Korang jangan kecur tengok gambar ayam kat atas tu tau. Untuk set ni 1 pc je tau bersama air pilihan korang. Seriouslah memang sedap dan lain dari yang lain. Texas Chicken punya ayam memang padu rasanya.

wordswag_1532915381673.png

wordswag_1532912711980.png
Classic Burger & Bottomless Drink

Nikmatilah dan rasai setiap gigitan dari chicken patty, lettuce segar dan mayonis ehhh mesti korang jilat jari. Bun tu lembut je tau. Sesuai kalau anak-anak nak makan tu. Syamil bedal sorang je ni.

wordswag_1532915073106.png

wordswag_1532912683116.png

Tender Wrap & Bottomless Drink
Ummi memang penggemar wrap. Tender Wrap Texas Chicken ni memang sedap dengan isi ayam yang rangup tu digabung dengan lettuce segar dan mayonis dibalut pula dengan tortilla sedap! Tak cukup satu woi!
Texas Chicken New Crunchy Deals Hanya RM5.50!
wordswag_1532912662436.png
Porridge & Bottomless Drink
Bubur ni memang freshly cooked tau. Dipenuhi dengan potongan isi ayam yang lembut. Tak perlu risau kalau anak-anak korang nak makan. Nak lagi sedap, korang kena kreatif sikit, korang ambil sikit ayam goreng tu haaa tabur la pada bubur tu sebelum makan. Konfem krup krap makan bubur tu.
wordswag_1532912809338.png
Syok Abang Ilham bedal ayam goreng sampai tak sedar kat pipi ada makhluk singgah hehe.
wordswag_1532912622574.png
Nahhh Ummi belanja gambar Babah dan The Ilhams yang sedang menikmati set New Crunchy Deals masing-masing. Gambar Ummi? Cukup tunjuk tangan je lah sebab Ummi syok menikmati tender wrap hehehe. Nampaknya lepas ni kena selalu melawat JB City Square la gamaknya sebab masing-masing dah jatuh cinta dengan menu-menu kat sini. Harga pun sangat berpatutan.
Orang JB, especially yang bekerja sekitar Johor Bahru City Square boleh la rancang untuk lunch kat sini. Jimat tu, baru RM5.50 per combo. Rasanya kalau PTP ni terletak di tengah-tengah bandaraya JB konfem setiap hari Jumaat Ummi lepak kat Texas Chicken dengan Geng Jumaat hehehe. Jangan lupa tau! Cuba jangan tak cuba! Really recommended!
wordswag_1532915408119.png

TEXAS CHICKEN JOHOR BAHRU CITY SQUARE

Lot J3-21, Level 3, Johor Bahru City Square,
106-108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.

Business Hours:10AM to 10PM
Website: http://www.texaschickenmalaysia.com
Facebook: https://www.facebook.com/TexasChickenMalaysia/

Loading

Related Posts

12 thoughts on “Texas Chicken New Crunchy Deals Hanya RM5.50!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!