DDHN – Menu of The Day 280718

Dari Dapur Hernee Nazir

Assalamualaikum semua..

Hai mak-mak, masak apa hari ni? Ummi baru panas enjin semula. Lebih kurang seminggu tak pegang senduk kuali hehe. Jadi hari ni Ummi masak la selagi ada kesempatan ye tak. Menu hari ni ada tiga jenis je, tanpa sayur. Malas pula ak masak sayur hehe.

Jom tengok apa yang Ummi masak.

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Dah dua kali dah Ummi cuba daging salai ni. Nenek belikan dari kawan dia. Sedap ui. Tapi ni bukan yang siap rencah semua tu, rencah ni Ummi sediakan sendiri. Masak menjerang daging ni dalam kuali, sedap betul baunya tau. Korang bayangkan bau daging salai semerbak harum kat dapur. Buat tak sabar nak makan hehehe.

Ikan Cencaru Sumbat

Ikan ni hasil Babah memancing dengan kawan-kawan ke Sedili minggu lepas. Mommy Ngah sebenarnya nak masakkan diorang masa hari Khamis Ummi balik tu. Tapi Ummi kata tak payah masak. SO ikan yang dah siap dengan rempah sumbat belakang ni pun di simpan la sampai hari ni baru Ummi bakar. Sedap rempah Mommy Ngah buat tu tau. Ilham tetiba suka dia kata sedap hehe.

Ayam Hitam aka Ayam Kicap

Semenjak Syamil dah menggila ayam kicap, memang kerap le Ummi masak lauk kicap ni. Sekarang Ummi dah follow resepi Ayam Hitam je senang dan sedap hehe. Syamil pun tak banyak komplen, sedap kata dia. Penambah selera lagi makanlah lauk pauk di atas bersama Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Sambal Tempoyak Daun Kayu keluaran Sufi yang sedap tu.

Itulah menu kami hari ni. Makan untuk lunch dan juga makan malam, tak payah masak berkali-kali ya hehe.

Related Posts

2 thoughts on “DDHN – Menu of The Day 280718

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!