Restoran Ateh Corner Port Makan Best Di Johor Bahru

Foods Review

Assalamualaikum..

P_20180707_221640_vHDR_Auto

Malam Ahad yang lepas Ummi dan sebahagian Team JDT Blogger sempat berkunjung ke Restoran Ateh Corner. Memang dah lama Ummi tak menjamu selera air tangan chef Ateh Corner ni tau. Seriouslah nampak kawan-kawan Geng Kelab Susu Ibu Johor lepak dengan Kak Linda je dah buat jeles. Lagi terbayang menu-menu sedap yang ada. Haisyhhhh meleleh air liur.

Buat peminat menu-menu lazat Restoran Ateh Corner Baru, restoran ini telah berpindah ke lokasi baru tau. Korang jangan cari kat tempat lama. Lokasi lama adalah di kawasan Medan Selera MPJBT di Jalan Kebangsaan 29. Lokasi baru sekarang lebih selesa dan lebih luas sesuai untuk seisi keluarga.

Masih lagi mengekalkan aneka menu pilihan ramai menu tempatan mahu pun Western dengan desert yang sedap belaka. Sampai tak tahu nak order yang mana. Yang pasti tekak Ummi dah lega dapat Cendol Durian hehe. My all time favourite desert di Ateh Corner ni.

DSC01697

Antara Killer Menu di Restoran Ateh Corner Baru. Ikan Siakap Stim Nyonya, dihidang bersama Mantou Bun. Sedap gila ok, kuahnya tu cukup rasa. Ikan pun segar sangat.

DSC01684

Mantou Bun yang digandingkan dengan Siakap Stim Nyonya. Kalau korang tak makan

DSC01685

Long Bean Minced Chicken. Ummi syok duk meratah je kacang panjang ni. Memang favourite Ummi kalau kacang panjang jenis potong panjang-panjang ni.

DSC01687

Sotong Goreng Tepung sedap rangup dicicah dengan sos yang sedap.

DSC01688

Udang Butter. Part udang butter ni Ummi suka serdak dia tu. Sedap diratah begitu saja hehe.

DSC01690

Kerang Sambal. Sebenarnya ada dua pilihan masakan untuk kerang ni. Kalau korang tak suka kerang sambal, korang boleh order kerang rebus yang akan dicicah dengan sos sedap.

DSC01696

Sama juga dengan kupang. Ada dua pilihan Kupang Rebus atau Kupang Sambal. Satu pinggan di jual dengan harga RM9.00 bersama sos cicah yang lazat. Yang kami makan ni Kupang Rebus ya uolls.

DSC01695

Ikan Pari Bakar ini dihidangkan mengikut berat pilihan korang. Terdapat saiz S, M dan L dan dihidangkan dengan sambal yang sedap diperah dengan limau kasturi.

DSC01691

The Ilhams memilih untuk makan Nasi Lemak Ayam. Nasi Lemak Ayam Restoran Ateh Corner ada perbezaan dengan nasi lemak di kedai atau restoran lain. Ayamnya bukan ayam goreng seketul ya. Ayamnya fillet ayam yang digoreng.

P_20180707_214111_vHDR_Auto

Lamb Chop ni memang sedap dengan sos black peppernya dan tambahan fries dan coleslaw. Taukey Ateh Corner kata “simple yet classic” gitu. Harga sepinggan RM19.00 per set.

P_20180707_214544_DF

Siapa suka Laksa Johor? Haaaa tak Johor la kalau tak suka Laksa Johor kan hehe. Lagi tak berapa nak Johor kalau tak dimakan dengan tangan sahaja. Sepinggan RM6.00.

P_20180707_214555_DF

Sotong Kangkung ni pun killer menu di Restoran Ateh Corner tau. Memang ramai peminat Sotong Kangkung ni. Ummi pun suka rasa kuahnya yang sedap tu.

P_20180707_214614_DF

Rojak Petis tak kurang enaknya. Bahan-bahan segar di dalam Rojak Petis ini, termasuk lah kangkung, taugeh yg dicelur, sengkuang , timun dan nenas bersama kuah petis! Kuah petis sedap uolls!

P_20180707_214634_DF

Tauhu Bakar ini yg dihidangkan bersama sengkuang dan timun serta kuah petis yang pedas dan manis. Ditambah pula dengan taburan kacang kisar membangkitkan selera pengunjung. Sepinggan Tauhu Bakar berharga RM4.00.

P_20180707_204045_vHDR_Auto

Another “killer menu” untuk hidangan dessert di Restoran Ateh Corner, tak lain tak bukan Cendol Durian kegemaran Ummi. Tak sama dengan tempat-tempat lain, yang menghidangkan seulas dua durian dalam cendol. Restoran Ateh Corner menampilkan “paste durian” buatan sendiri yang pastinya membuatkan korang rasa nak lagi dan lagi. Harga semangkuk hanya RM5.50 sahaja.

DSC01666

Yang ni Ais Jagung Special. Tengok rupa je pun korang dah boleh terliur. Apa tunggu lagi dapatkan di Restoran Ateh Corner ok.

P_20180707_204432_vHDR_Auto

Minuman pilihan Babah, Teh Tarik tanpa pewarna dengan menggunakan Teh Harimau. Lemak berkrim gitu. Satu cawan hanya RM1.80.

DSC01670

Minuman pilihan lain, Milo Ais Tabur dan juga Sirap Bandung Cincau.

WhatsApp Image 2018-07-08 at 9.37.07 AM

Aneka minuman pilihan lain seperti Teh C 3 Layer, Ais Jelly, Green Tea, ABC, Jus Kedondong Asam Boi, Lemon Juice dan macam-macam lagi. Korang kena cuba semua tau hehe.

P_20180707_213920_DF

Yang ini pun special. Banana Split atau lebih glamour dengan nama panggilan “Pin Pin Pon Pon” di sini. Bila sebut menu ni je rasa nak gelak dan terbayang muka Sis Lin hehe.

P_20180707_214000_DF

Haaaa yang ni jualan “based on request” dari pelanggan-pelanggan Puan Linda. Kuih Koci Leleh. Ni kira first time Ummi rasa. Kawan-kawan lain dah selalu merasa.

P_20180707_205646_vHDR_Auto

Sedap Kuih Koci Leleh ni tau. Ada juga Kuih Koci Durian. Sekali rasa mesti korang nak order lagi hehe.

P_20180707_213345_vHDR_Auto

Kalau korang nak tahu, Restoran Ateh Corner ni dah lama menggunakan sistem untuk tempahan menu pilihan korang. Semuanya dihujung jari. Waiter atau waitress akan ambil order dari pelanggan dan akan key-in order di tab yang disediakan.

P_20180707_213723_vHDR_Auto

P_20180707_213717_vHDR_Auto

Korang juga tak perlu bimbang untuk menunaikan solat kerana Restoran Ateh Corner menyediakan surau untuk muslimin dan muslimat.

P_20180707_213711_vHDR_Auto
Juga disediakan tandas yang bersih dan selesa untuk para pelanggan. Itulah sedikit sebanyak yang boleh Ummi kongsikan. Kalau korang nak tahu sedap ke tak sedap boleh la terjah sendiri. Konfem repeat ke sini lagi hehehe. alau malu nak ke sini sila ajak Ummi Ilhams ok ekeke. Ok sila rujuk info di bawah ni.

RESTORAN ATEH CORNER

Alamat:

105, Jalan Pendidikan 5,Taman Universiti
(Berdekatan dengan Nike Factory Store)

Waktu Operasi: 7am – 2am (Selasa – Ahad)

Tutup: Isnin

Facebook:
https://www.facebook.com/restoranatehcornerbaru

Loading

Related Posts

3 thoughts on “Restoran Ateh Corner Port Makan Best Di Johor Bahru

  1. kuih koci dia memang sedap gilerrr…montau bun tu pun sedap cicah dengan kuah stim nyonya…jom ler kita repeat makan lagi kat situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!