Hari Terbuka SADPM

The Ilhams Learning Phase

Assalamualaikum..

Cerita semalam, menghadiri sesi Hari Terbuka sekolah agama Abang Ilham. Sebelum ni untuk mesyuarat agong PIBG Babah yang datang, kali ni kami bergilir-gilir. Babah jaga Syamil di rumah, sementara Ummi dan Abang Ilham ke sekolah.

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan sekolah agama Abang Ilham masih dalam kategori ok. Ustazah Rafedah pun kata ok. Ummi dan Babah pun tak pernah paksa Abang Ilham untuk score gila-gila. Ummi Babah faham Abang Ilham baru je darjah 1. Tenang-tenang saja ya. Abang Ilham baru nak memahami ilmu-ilmu baru. Ummi Babah tak hirau pun berapa nombor yang Abang Ilham dapat janji faham apa yang dipelajari. Sempat juga Ummi bertanyakan dengan ustazah perkembangan Abang Ilham di sekolah. Ummi tak kisah pun untuk ustazah denda Abang Ilham kalau betul dia buat salah.

Alhamdulillah subjek Jawi untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama dapat keputusan yang memberansangkan. Tak sia-sia Abang Ilham join Kelas Jawi Ustazah Maimunah. Semoga Abang Ilham mendapat ilmu yang berkat untuk bekalan sepanjang hayat. Ummi Babah sentiasa doakan yang terbaik untuk Abang Ilham. Sebagai ibu dan ayah janganlah kita memaksa anak-anak belajar diluar kemampuan mereka. Takut-takut mereka akan mengalami tekanan perasaan. Ibu ayah sibuk berlumba kejayaan anak, tak sedar anak kita stress nak capai impian ibu ayah. Pesanan ini untuk diri Ummi dan Babah Ilhams juga bukan ditujukan kepada mana-mana pihak. Harap maklong maklum! :p

Related Posts

5 thoughts on “Hari Terbuka SADPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!