Aidilfitri 2018–Beraya Ke Rumah Pak Ngah

Family In Law Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum..

Sesi beraya di malam hari disambung ke rumah Pak Ngah, abang kepada Babah. Nak merasmikan rumah baru Pak Ngah hehe. Petang tu kami beraya ke rumah saudara mara Babah, tapi malangnya Ummi terlupa snap gambar. Jadi tak ada gambar kenangan hehe.

_DSC1195

Gambar selepas menikmati juadah enak air tangan Mak Ngah. Kenyang yang amat makan soto yang sedap. Sesi malam ni khas untuk keluarga Senggarang.

_DSC1196

Hamboiiii kemain memasing menunjuk aksi kat rumah Pak Ngah ya. Diorang ni memang suka je kalau bagitahu nak ke rumah Abang Fahim tu. Excited sesangat sebab diorang tahu Abang Fahim banyak lego hahaha.

_DSC1198

Sebelum balik marilah kta posing ramai-ramai bersama tuan rumah hehehe. Thanks Atok Tipah tolong cover separuh lelemak Ummi ekekeke. Kurang asam punya menantu hehe.

_DSC1203

Gambar ramai-ramai kat luar. Mak Teh tu dah mengantuk sangat agaknya sampai tidur duduk ekeke.

_DSC1204

Turn Mak Cik pula enter frame. Wahidah jadi photographer.

_DSC1206

Last but not least, free style sekali. Anak-anak buah semua dah besar panjang. Sepuluh tahun lepas makcik masuk dalam keluarga ni, semua kemetot je. Sekarang semua dah tinggi lampai. Mendongak Mak Cik korang yang rendang ni nak berbual dengan korang tau hehe. Kalau ikut baka sebelah Babah, konfem The Ilhams bakal tinggi lampai macam abang-abang sepupu diorang. Kalau ikut baka Ummi hmmmmm.. korang faham-faham sendiri la. Konfem rendang-rendang macam Ummi dan Mommy Ngah. Oppssssss! :p

Ok sesi raya bersambung lagi. Stay tuned!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!