Aidilfitri 2018 – Beraya di Senggarang

Assalamualaikum..

Macam yang Ummi dah ceritakan dalam entri yang lepas, tahun ni giliran beraya di kampung Babah. Sejak 10 tahun lepas, memang kami bergilir-gilir turn raya walaupun jarak kampung Babah tu tak lah jauh mana. So far tak ada adegan baling-baling dadu ke apa hehe. Masih mampu bertoleransi hehe.

20180614_200801

Malam raya haruslah The Ilhams super duper excited nak main bunga api kan. Sempat juga Babah belikan diorang bunga api masa Ummi syok shopping kerepek.

20180614_201036

Nampak macam berani sangat haha. Tapi tengok la gaya tu kemain jauh lagi jarak dia nak cucuh bunga api ke pelita.

20180614_201104

Budak kecil cenonit ni pun sama. Excited bukan main lagi. Babah tukang layan diorang sambil-sambil Babah bakar mercun.

_DSC1162

Sesi bermaafan di pagi raya. Yang ada cuma Pak Teh & family, Pakcik & family (kami lah tu), Mak Tam & family, the newly wed couple Acu Nuar dan Mak Cu Aza dan of course the one and only Uda dan Atok Tipah.

_DSC1164

Abang Ilham bermaafan dengan Atok Tipah.

_DSC1166

Anak antu Menantu ke enam bermaafan dengan Atok Tipah :p

_DSC1169

_DSC1170

Orang suruh minta maaf dengan Pak Teh, dia boleh mintak sotong gunting Pak Teh hahaha. Anak bertuah!

_DSC1171

Sesi bermaafan Pakcik dan anak buah paling sulong.

_DSC1172

Sesi bermaafan Mak Tam bersama Angah.

_DSC1173

Sesi bermaafan dan tazkirah 1 Syawal dari Babah untuk hero-hero kesayangan.

_DSC1176

Peluk-peluk sikit hehehe.

_DSC1177

_DSC1179

Sesi bermaafan pose manja untuk budak perasan baby hehe.

_DSC1185

Ni sesi Ummi dan The Ilhams pulak. Tazkirah sikit-sikit.

_DSC1184

Nampak tu memacam gaya nak bersalam.

DSC1182_thumb.jpg

Peluk-peluk sikit hero sulong Ummi meraikan kejayaan puasa sebulan hehe. Sesi bermaafan Ummi dan Babah adalah sesi tertutup hehe. Takmo la tayang-tayang depan orang hehe.

_DSC1191

Orang sibuk bersiap nak beraya, ada budak songlap kerepek ubi cheese Atok Tipah dan kantoi makan dengan penuh perasaan kat hujung kerusi hahaha. Syok sangat agaknya.

_DSC1187

Saja je Ummi nak tayang gambar kembar tak seiras ni hehehe. Kanan tu Mak Tam adik Babah dan kiri tu ahli keluarga baru kami, Mak Cu Aza isteri Acu Nuar. Muka diorang macam lebih kurang je kan hehehe.

Lepas bermaafan kami beraya ke rumah keluarga terdekat Babah. Malangnya Ummi lupa nak snap gambar. Beriya je bawa kamera hehehe. Ok next entry kita sambung cerita beraya lagi ok. Stay tuned!

p/s Malam ni kami beraya rumah Tok Ayah hehehe.

Share this nice post:

4 Replies to “Aidilfitri 2018 – Beraya di Senggarang”

  1. assalamualaikum hernee…selamat hari raya mohon maaf jika ada salah silap mama yer…

    1. waalaikumussalam mama.. selamat hari raya maaf zahir batin..

  2. selamat hari raya beb…kemain hero² tu beraya kan

    1. selamat hari raya jugak.. sakan hoii hahaha

Leave a Reply