Ramadhan 2018 – Day 29

Assalamualaikum.. Salam Aidilfitri ke 6.. ecehhh~

Kisah berbuka puasa di hari terakhir Ramadhan. Alhamdulillah kami sempat berbuka puasa bersama keluarga Babah di Kampung Parit Jabar, Senggarang. Kami bertolak dari Gelang Patah lebih kurang jam 3pm. Sebelum balik kampung sempat singgah ke kubur menunaikan permintaan Abang Ilham yang asyik terkenangkan adik Syakir dia tu. Sampai Senggarang lebih kurang jam 6pm. Sempat juga shopping kerepek raya di Saleh Food, Parit Kemang.

Alhamdulillah.. akhirnya Abang Ilham berjaya menghabiskan puasa. Mudah-mudahan tahun depan Abang Ilham mampu berpuasa penuh. Syamil pun teruja bila tengok abang puasa walaupun Syamil puasa di bibir je hehe.

Menu berbuka puasa di rumah Atok Tipah hasil masakan Mak Teh dan Mak Tam. Kami sampai diorang dah siap masak. Tak sempat Ummi nak tolong. Lagi pun diorang masak lebih untuk tradisi “ngunjung” atau “munjung”. Nak hantar juadah raya ke rumah jiran dan sanak saudara. Apa yang Mak Teh dan Mak Tam masak tu? Diorang masak nasi impit, kari ayam, rendang daginng, kuah kacang dah kuah lodeh. Sedap hoi. Makanan lain tu pemberian jiran-jrian dan saudara. Alhamdulillah rezeki. Malam Babah duk melayan The Ilhams main bunga api sambil-sambil tu Ummi sempat juga melayan Andainya Takdir 2 episod kedua hehehe. Itulah cerita hari terakhir kami berbuka puasa.

Share this nice post:

Leave a Reply