Salam Aidilfitri 1439H/ 2018M

Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri 1439H/ 2018M

Hari raya ke lima baru sempat nak post entri hari raya ya. Angan-angan Ummi, malam-malam nak scheduled entri raya supaya blog Ummi tak sendu. Sekali line U-Mobile menyedihkan kat Senggarang tu. Terpaksalah Ummi kuburkan niat suci murni itu. Sampai rasa tak ada mood nak layan handphone hehe. Malam tadi kami dah selamat pulang ke rumah semula dan hari ni Ummi dan Babah dah mula berkerja demi bersuap-suap nasi. Mood raya masih melekat dalam otak ni hehehe.

Oklah, di kesempatan ni.. Ummi nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog herneenazir.com sama ada yang sengaja buka atau terbuka blog makcik kampung ni hehe. Maaf andai ada salah dan silap terkasar bahasa dalam penulisan mahupun kata-kata (untuk yang dah pernah bersua muka). Sesungguhnya Ummi juga manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan. Dalam penulisan kadangkala lain yang kita tulis lain pula maksud yang diterjemahkan oleh si pembaca. Sama juga dengan intonasi, masing-masing membaca dengan intonasi dan gaya berbeza. Ampun maaf dipinta. Mudah-mudahan Ummi tak mengguris hati uolls hehe.

Jemputlah datang beraya ke teratak kami ya. Nak rasa air tangan Ummi sila inform awal. Kalau tak makan biskut raya je lah hehehe. Ok, untuk yang nak pulang semula dari kampung ke tempat tinggal masing-masing, sila berhati-hati di jalanraya ya. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Related Posts

4 thoughts on “Salam Aidilfitri 1439H/ 2018M

    1. Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin sunah.. jommssss baraan.. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!