Deko Raya 2018

Deko Bersama Hernee Nazir

Assalamualaikum..

Dah siap kemas rumah ke belum tu kekawan? Ummi dan Babah dah siap kemas dah. Entah la kemas ke idok tu tak pasti lah hahaha. Sebab kemasnya sekejap je hehehe. Tahun ni kami masih lagi mengekalkan tema tahi cicak hahaha. Eh salah tema hitam putih. Kami ni mendeko rumah dengan deko bajet je. Tak ada hiasan gempak-gempak pun janji bertepatan dengan minat kami dan nampak sedap mata memandang. Konsep deko “minimalas” kahkahkah.

Tak ada banyak yang berubah. Masih maintain sofa bercapuk haha. Cuma ada penambahan sikit je. Itu pun sebab memang perlu diganti. Tak ada mood nak mendeko raya hehe. Yang terbaru hanyalah..

LACK Coffee Table dari IKEA.. harga RM140.50. Pengganti table kaca yang pecah berderai.

SKÄGGÖRT Cushion, black & white IKEA RM18.70 penambah seri hahaha.

Langsir kat tingkap ni sebelum ni sama dengan langsir di ruang tamu utama. Oleh kerana langsir tu memang tak cukup sekeping, jadi Ummi decided untuk carikan langsir baru untuk tingkap ni. Langsirnya haruslah black and white mengikut tema. Pusing-pusing IKEA Tebrau, terjumpa langsir ni.. yeay! Tapi Ummi terlupa beli day curtainnya. Next time lah.

Ummi suka langsir dari IKEA ni. Namanya Ummi tak ingat. Harga sepasang RM56 sahaja. Kenapa Ummi suka? Sebab corak doodle tu ha. Alahai cute. Tak nampak skema. I loikkeeee! hehehe. Rasa nanti nak beli langsir yang sama ni untuk bilik The Ilhams.

Tambahan daun idaman Ummi. Nasiblah sempat kirim nenek beli Trones rak kasut dan SMYCKA Artificial leaf ni. Harga sebatang RM16.80. Vase tu pun Nenek sempat belikan TIDVATTEN Vase, clear glass RM55.60. Kesemua tambahan aksesori mendeko rumah ni masih di bawah bajet kami. Sikt-sikit lah ya hias rumah ikut poket masing-masing.

Ruang tamu 1.. meja, cushion, artificial leave je yang baru..

Ruang tamu 2.. kipas, langsir dan cushion je yang baru hahaha.

Ini jelah yang mampu Ummi hias hahaha. Hias mengikut bajet yang ciput ekekeke. Barang IKEA yang murah-murah tu kalau kena gaya hiasannya konfem nampak cantik je kan.

Part lain Ummi malas nak snap sebab macam sama je rupa dia dengan tahun-tahun sudah hehehe. Sebenarnya Ummi nak cari bunga lagi. Hajat hati nak jengan Romantika tapi malas menguasai diri. Jadi Ummi tak payah berangan nak beli bunga ok. Hari tu dah belek bungan dekat Lovely Lace tapi letak semula siapa suruh. Lain kali dah suka harga berpatutan terus bayar. Hmmmm..

Rumah korang mesti cantik kan? Nanti share link deko korang ya. Ummi nak skodeng hehe.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!