Ramadhan 2018 – Day 28

Dari Dapur Hernee Nazir

Assalamualaikum..

Bila dah sampai dipenghujung Ramadhan, idea nak memasak tu memang ke laut dalam. Lagi otak jem bila anak kau request menu yang sama. Seperti ada batu menghempap kepala dan berpasir tekak membayang menu yang sama itu hahaha. Tapi demi anak-anak ku gagahi menumis menu pilihan hati.

Sebenar-benarnya, waktu singgah kedai Acheh tadi Ummi dah set nak masak sambal tumis udang. Tapi bila sampai rumah ada request lain. Jadiiiiiiiiii udang menjadi mangsa keadaan.

Udang yang asalnya nak dimasak sambal dah ku hitamkan menjadi Udang Kicap pekat likat hitam melengit. Yang pasti rasanya sedap! Ehhhhh.. Maka dengan ini tiga hari berturut-turutlah kami bertemankan lauk masak kicap.

Macam biasa menu yang boleh buat Abang Ilham merajuk dan mogok tak nak makan kalau Ummi tak masak hehe. Kamera pun dah jemu nak snap ayam red ni hehehe.

Pesan buat bakal menantu Ummi.. :p

Wahai calon menantu Ummi.. ketahuilah olehmu bahawa anak bujang Ummi yang sulong itu adalah penggemar ayam masak merah atau dalam bahasa dia sendiri “ayam red”. Jadi sekiranya kamu berhajat untuk menjadi calon isteri kepada anak bujang Ummi, silalah belajar memasak ayam red dengan jayanya. Kelak bahagia hidupmu.. hahahaha

Lauk tambahan, ikan cencaru goreng cicah kicap.. ok kicap lagi. Bulan ni dah masuk botol kicap kedua. Arghhh keluarga mat dan minah kicap ni. Itu saja lauk kami di Ramadhan ke 28. Sahur Abang Ilham berlaukkan ayam red yang Ummi saja masak lebih.

Hari ni kita berbuka mengikut waktu berbuka puasa daerah Batu Pahat. Menu apa? Tungguuuuuuuuuuu.. ?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!