Ramadhan 2018 – Day 27

Assalamualaikum..

Menu berbuka puasa kami tiga beranak di hari ke 27. Sebenarnya dah nak sampai waktu berbuka tu tetiba Mama Cu kata nak datang berbuka kat rumah. Ummi ok je, memang ada nasi lebih hehehe. Jom tengok apa yang Ummi masak.

Asam pedas ikan separi kata Abang Ilham hahaha. Memandai dia ubah nama Asam Pedas Ikan Pari.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis dan Sambal Tempoyak Daun Kayu. Ummi je la yang makan. Nyumsssssss bertambah selera.. opppsssssss! :p

wordswag_1528930981742.png

Ayam Masak Kicap Versi hitam melengit haha. Ummi dah masak asam pedas dia nak juga ayam kicap. Layankan aje. Gasak le hari-hari berkicap kita nak hehe. Ummi ok je sebab Ummi memang hantu kicap.

Alhamdulillah rezeki untuk hari ke 27. Lauk asam pedas ikan pari tu sampai ke sahur jadi lauk Abang Ilham hehe. Tak payah Ummi nak masak-masak lagi di pagi hari.

Share this nice post:

Leave a Reply