Whitestudio Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru

Family Photography

Whitestudio Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru | Assalamualaikum semua 🙂 Cerita dua hari lepas, sesi photoshoot whitestudio raya kami anak beranak di The Empire Studio. Memang dah plan nak berphotoshoot raya tahun ni. Biasanya tahun sudah-sudah Babah je yang snap gambar kami anak beranak. Semenjak dua menjak Babah isytihar pencen pegang kamera ni terkuburlah harapan Ummi nak posing depan kamera berbaju raya ekeke. Nasib baiklah jumpa pakej whitestudio raya murah dari The Empire Studio lega hati den. Tengok harganya pun berpatutan. Antara pakej photoshoot termurah di Johor Bahru.

The Empire Studio ni terletak di Bandar Baru UDA. Kira memang lokasi strategik la. Senang nak cari studionya, berdekatan dengan Mydin Mart. Lagi senang nak ingat tingkat atas Eat & Repeat Cafe Johor. Lepas zuhur kami keluar rumah, sempat singgah Mydin nak cari songkok baru sekali tak ada saiz ekeke. Teruslah kami ke BBU kekonon nak singgah Mydin Mart tapi rezeki ada Butik Khalifah Muslim Store berdekatan The Empire Studio. Jadi kami beli songkok kat situ je.

Sesampai kami di The Empire Studio geng JDT Blogger yang join sekali dah ada yang siap berposing dan ada yang masih menanti family. Ummi pun mula la memberi arahan pada hero-hero untuk salin baju raya memasing. Tapi malangnyaaaaaaaaaa ada cerita haru biru di situ. Ummi cerita next entry lah ya ekekeke. Yang dah tahu tu sila diam haha. Jomlah korang layan gambar anak-beranak yang di rakamkan oleh photographer professional dari The Empire Studio.

NUA_7725

Di awal sesi The Ilhams punya mood agak kelaut dalam. Mak ko hijo rasa hahaha. Nasib baik photographer snap gambar ni cantik, jadi natural balik muka Ummi kahkahkah. Macam biasalah Ummi dan Babah je yang beriya posing. Diorang memacam aksi. Puas nak pujuk, ada je gambar Ummi muka senget benget membebelkan Abang Ilham tu haha.

NUA_7766

Masih tak tengok kamera hahaha. Sabar jek lah kan.

NUA_7780

NUA_7786

Akhirnya Babah berjaya bagi Abang Ilham ketawa. Tak kisahlah gambar macamana pun kan janji anak-anak Ummi enjoy.

NUA_7803

Buah hati pengarang jantung.. precious babies Ummi dan Babah.

NUA_7814

NUA_7812

NUA_7815

Kasi can lah Ummi dan Babah nak sawit-sawit sweet-sweet sekejap.

NUA_7824

NUA_7833

Bila part naik basikal terus kantoi seluar Babah.. kahkahkah.. Tapi dek kerana gambar yang berkualiti, Ummi tak rasa janggal pun. Kiranya Babah tengah menggayakan baju melayu gaya hipster la kan hahaha.

NUA_7848

NUA_7852

Jangan bimbang basikal tu masih boleh menampung berat Ummi. No worries ok. Bulan puasa berat Ummi Babah dan turun sikit ekeke. Korang nak posing macamana rupa pun photographer akan bantu tau, supaya gambar korang tu hidup dan tak nampak kaku. Props banyak pilih je la mana suka. Nanti next entry Ummi share gambar Babah dan The Ilhams berkurta ya. Serious gambar semua cantik-cantik sampai Ummi pun bingung nak pilih yang mana. Kalau korang nak tengok gambar-gambar lain bolehlah follow instagram atau facebook Ummi ya.

Korang yang nak gambar raya cun melecun macam kami ni bolehlah tengok pakej whitestudio raya dari The Empire Studio ni. Memang recommended. Gambar cantik, photographer professional dan friendly.

Bukan selalukan kita berkumpul sekeluarga di hari raya. Kalau dapat rakam detik-detik manis hari raya sebagai kenangan kan best. Team The Empire Studio sanggup tak cuti raya dari hari raya pertama sampai raya ke empat tau demi memastikan kehendak pelanggan diutamakan. Wahhh terbaik korang! Eh sebelum terlupa, thanks ya team The Empire Studio, sebab korang semua tabah sungguh melayan kerenah anak-anak kami mood kelaut di awal sesi photoshoot. Thanks sesangat!

Pakej Photoshoot Raya White Studio - The Empire Studio

PAKEJ WHITESTUDIO AIDILFITRI DI THE EMPIRE STUDIO
(Valid sepanjang Aidilfitiri sahaja)

PAKEJ 1 – RM130
20 minutes
Shoot & Burn
DVD Softcopy

PAKEJ 2 – RM180
20 minutes
Shoot & Burn
DVD Softcopy
1 Frame 11R

PAKEJ 1 – RM230
20 minutes
Shoot & Burn
DVD Softcopy
1 Frame 12R

PAKEJ 1 – RM280
20 minutes
Shoot & Burn
DVD Softcopy
Canvas 20 x 30

Add on:
Mini album 6 x6 +RM80
Album 11 x8 +200
Frame 11R +RM100
Frame 12R +RM150
Canvas 20 x 30 +RM200

Apa tunggu lagi? Book slot korang sekarang!!! Whatsapp cepat!!! Ingat promosi murah ni hanya untuk Aidilfitri tahun ni saja tau. Selamat berposing! 😉

THE EMPIRE STUDIO

Address: No. 58-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru UDA, Johor Bahru, Johor.

IG: https://www.instagram.com/theempirestudio/

FB pages: https://www.facebook.com/theempirestudio/

Whatsapp: http://www.wasap.my/+60137008889

Loading

Related Posts

6 thoughts on “Whitestudio Photoshoot Raya Murah di The Empire Studio Johor Bahru

  1. best ni..nak pujuk cik amat untuk berphotoshoot kat sini nanti..kalau dia nak..hahaha

  2. Kekekeke…Tang seluar tu tak boleh tahan beno..kantoi..
    Tapi oklah kan, rasanya aku je yang komen tang seluar tu, ada tak orang lain komen hahahaha…
    Nantikan aksi Sis pulak anak beranak nanti spam wall time raya hahahaha

    1. hahaha tume part naik basikal dah tak boleh nak cover dah.. sila spam gambo bebyk ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!