Ramadhan 2018 – Day 24

Assalamualaikum..

Korang mesti dah boringkan tengok Ummi masak balik-balik ayam red, gambar lebih kurang je. Jadi menu berbuka puasa Ramadhan ke 24 Ummi decided untuk menzahirkannya dalam bentuk lukisan ekeke.

Terimalah soto nasi tak cukup sifat Dari Dapur Hernee Nazir. Sebenarnya hari ni kami ada tetamu, Acu Nuar dan Acu Azah berbuka di rumah kami. Ummi busy yang amat dari pagi mengemas rumah dengan Babah. Sempatlah masak soto nasi ni. Untuk Ilham lauk asam pedas ayam dan bakchoi goreng. Tapi yang sedihnya satu gambar pun Ummi tak snap hahaha. Itulah sebabnya Ummi lukis je soto semangkuk tu ha ekekeke.

Korang bayangkan je la rupa soto tu macamana ya. Bergedil langsung tak sempat apa lagi nak menggoreng sooh hoon mahupun kacang tanah. Pasghah je makan je apa yang ada ye dok. Acu Nuar pun ada bawa kuih tambahan menu berbuka. TQ uolls pengantin baru sudi berbuka di rumah kami. Next month perantin bersanding yeay!

Share this nice post:

4 Replies to “Ramadhan 2018 – Day 24”

  1. Hahaha adeiii pun boleh ek…
    Hernee nanti nak minta buatkan doddle pic muka Sis laaa hahahaha boleh tak ?

    1. tak nak lah.. takut muntah ijo..kahkahkah

  2. pun bolehla umi..nampak jugaklah umi masak soto.Yang penting sodap

    1. hahaha kira halal la eh..

Leave a Reply