Assalamualaikum..
Cerita Ramadhan ke 22, berbuka puasa di Pulai Spring Resort bersama Babah dan The Ilhams serta officamate Babah. Kami gerak ke sana agak lewat dalam jam 6 petang. Menghadaplah jalan jammed sikit dan sampai ngam-ngam dah nak berbuka.
Meriah suasana berbuka puas di Pulai Spring Resort.
Aneka air dari yang panas sampailah ke sejuk.
Lauk pauk bagi yang ingin menjamu selera dengan nasi putih.
Aneka sambal.. ada sambal belacan, ada sambal kicap.
Ada juga rojak asma.
Yang nak makan bubur, ada bubur ayam dan aksesorinya.
Kalau korang nak suasana berbuka yang romantika d’amor boleh la book meja di kawasn luar ni. Makan bertemankan sinaran lilin sambil menonton movie gitu hehe.
“Selamat Berbuka Ms Hernee Nazir” hehehe. TQ uolls! Meja kami nombor 54 di bahagian luar.
Nahhhh hero-hero kesayangan Ummi.
Ni anak-anak angkat hahaha.. Aunty Didie & Friends hahaha.. dari kiri Didie, Fatin dan Farah.
Jom tengok apa kami makan. Tak semua gambar sempat Ummi snap. Almaklumlah dah sampai lambat, lepas tu ke hulu ke hilir cari makanan. Terima macam-macam request dari The Ilhams. Sudahnya Ummi snap je mana yang sempat.
Macam biasa tak sah tak cari embeeekkkk.. hehe.. kambing sodap!
Ini pun Ummi repeat dua kali.. mee goreng mamak dan kuey tiaw goreng mamak.. sedap gila weh!!
Mula-mula Ummi ingat ni yong tau fu.. rupanya bukan.. apa entah nama dia.. chinese cuisine.. sedap..
Sup gearbox kambing.. gigih Ummi cari sambal kicap..
Nasi arab lauk grilled lamb tadi.. tambahan lauk kupang black pepper. The Ilhams makan nasi putih lauk kari ayam.
Ummi dan anak-anak angkat kahkahkah.. tua sangat anak besar gini.
Punyalah makan hati berulam jantung nak ajak The Ilhams ni bergambar. haisyhhhh. Alhamdulillah rezeki berbuka puasa di hari ke 22. Lepas berbuka teruslah pulang ke sarang dengan perut yang kenyang. Harga buffet Ramadhan di Pulai Spring ada pembaharuan harga ya sempena GST0% ni. Korang boleh rujuk harga terbaru seperti di bawah:
HARGA TERBARU BUFFET RAMADHAN PULAI SPRING RESORT
Dewasa – RM97.20
Kanak-kanak – RM48.60
– Surau disediakan
– Parking PERCUMA
Untuk tempahan, sila hubungi +607 521 2121 atau WhatsApp di +6017 745 5776 (Cik Nadia dari Jabatan F & B)
atau
e-mel: enquiry@pulaisprings.com
Korang yang nak berbuka puasa di sini boleh baca review Ummi di link di bawah ya:
Ramadhan Buffet 2018 | “Buffet Citra Ala Bazar” Pulai Spring Resort
kecur air liur sha haha
hehehe meh sini akak belanja sha
wah..meriah lauk ek..sampai ke sudah tak dapat ke sini..waktu suntuk sangat ler..nampaknya carry on tahun depan ler
mudah2an ada rezeki tahun depan beb
nampak sedap sangat 🙂
https://aerillhassan.blogspot.com
hehehe sedap dik non hehehe
Meriahnyaa..Memang best menu dia semua. Asam pedasnya sangat sedap!
tu lah..bergoncang isi perut keje meronda cari makanan hahaha