Ramadhan 2018 – Day 19

Assalamualaikum.

Menu berbuka puasa hari Isni bersamaa 19 Ramadhan 1439H. Lambat betul Ummi nak post ya hehe. Hari tu Ummi masak dua lauk je. Nasiblah Ummi masak nasi lebih, Mama Cu dan Uncle Cu datang berbuka di rumah. Jom tengok lauk apa yang Ummi masak tu ya.

Udang Masak Lemak Labu

Sebenarnya Ummi nak buat udang masak lemak nenas, tapi mata Ummi dah kabur tak nampak bayang nenas hahaha. Labu pun labu lah sedap juga. Lauk yang Ummi rasa kalau tak snap pun tak apa.. tak lain tak bukan..

Ayam Masak Merah

Dah namanya mak-mak, anak request seratus kali lauk yang sama pun mak rela masakkan. Nak bagi semangat si anak meneruskan ibadah puasa. Mudah-mudahan anak-anak Ummi tak lupa air tangan Ummi bila dah dewasa nanti. Ehhhh.. tetiba sentap sesorang hahaha.

Ok itu je menu kami. Ada dua post menu berbuka puasa Ummi hutang. Hari ni berbuka puasa di Pulai Spring bersama geng office Babah. Stay tuned!

Share this nice post:

2 Replies to “Ramadhan 2018 – Day 19”

  1. kombinasi lauk yang saya suka

    1. akak kalo masak mmg terikut gaya arwah mak.. lauk tu mesti kombinasi yg sesuai hehe

Leave a Reply