Assalamualaikum..
Cerita semalam. Memang dah plan dengan Babah lepas Ilham balik sekolah nak meronda IKEA Tebrau. Bukan nak shopping sakan pun, saja nak mencari pengganti coffe table yang dah pecah berderai kat rumah tu. Nanti kang korang datang rumah Ummi kuih letak atas lantai je kang ekeke.
Dalam jam 5 kami sampai di IKEA. Orang ramai tapi tak lah crowded. Masih level tenang-tenang je kot hehe. Mula-mula kami pergi survey barang dan location saja nak make sure keberadaan barang yang kami nak beli tu hehe. Sambil-sambil kill the time kan hehehe. Dalam pukul 6.15pm kami masuk ke kawasan cafe. Nampak orang melayu dah ada yang chup tempat. Kami pun cari la port empat beranak.
Masih banyak ruang kosong. Yang syok makan non-muslim je.
Geram tengok budak cenonit tu, memain tau tak bagi Ummi snap gambar dia. Dia main jengah-jengah bawah meja.
Budak puasa sorang ni dah kekurangan bateri hahaha. Dah siap-siap chup tempat Ummi merayau sesorang ke showroom. Dalam 6.30pm barulah Ummi beratur beli makanan dan Babah jaga The Ilhams. Untuk weekend tak ada special buffet ramadhan kalau weekdays ada.
Menu berbuka puasa kami semalam.
Sweedish Meatball 1 set.
Fried Chicken Wings
Garlic bread with Mushroom Soup
Spring Roll.. ecehhhh popia popia..
Ini yang Ummi memang dah aim, nak cuba Lamb Kabsa Arabic Rice.. nasi arab kambing kabsa. Terbelit lidah nak menyebut. Tak payah omputih sangat Ummi oii hahaha. Mula-mula Ummi plan nak beli tiga pinggan. Sekali tengok portionnya boleh tahan banyak so beli dua pinggan je, Babah share dengan Syamil, Ummi share dengan Abang Ilham. Serious sedap wehhhhhh. Kambingnya sedap, cuma ada liat sikit je. Recommended kalau korang nak try.
Abang Ilham mana boleh berjauh dengan air sejuk. Air dari rumah memang wajib bekal. Kemurungan Ummi kalau tak bekal sebab air favourite The Ilhams memang air putih.
Budak berbuka waktu Uganda detected!! hahaha.
Ummi ajak wefie, Babah dan Syamil je bagi kerjasama. Yang sorang lagi?
Mogok sebab duk count down waktu berbuka puasa. Dia kata jam lambat sangat.
Lepas siap semua kami meneruskan pencarian barang-barang yang nak dibeli. Walaupunnnnnn ada barang yang tak cukup parts. Huwaaaa kuciwa. Kena repeat lagi sebelum raya ke camana ni Bah? hehehe.
Info untuk korang tentang Ramadhan Special di IKEA.
RAMADHAN SPECIALS
Lamb Kabsa Arabic Rice – RM15.90
**Available from 16 May to 14 June 2018
**Available from 4pm till close
IKEA SPECIAL BUFFET RAMADHAN
May: 21 – 24, 28 – 31
June: 4 – 7, 11 – 13
Time: 7pm
Adults – RM33
Kids (4-12) – RM16
Kids (<4) – FREE
<
p align=”center”>IKEA member layak mendapat shopping voucher sebanyak RM10 bila membeli tiket ini.
Tak ingat makan ape hari tu, sedap.. Teringin nak pegi lagi nanti
Sedapnyaaa…berketul-ketul daku tengok itu kepal ayam dan bebola..nak jugaaa laaa..tggu si anak daa balik huhuhu
hari jumaat tu dah plan nak pergi, tapi tengok betapa jammednya jalan nak ke tebrau tu..ya Allah, cancelled…hahaha! next time insya’Allah…
macam sedap je nasi kabsah tu
ye memang sedap..
boleh bli tiket buffet dekat mana ye?n boleh beli shari awal?
tiket blh beli terus di IKEA di hari awak nak berbuka..
Wahh.. sedapnya nampak
Ni yang mcm nak berbuka di ikea ni
?
hehehe.. gi la wak..
Blh ke booked tempat sehari awal? Kalau blh camne ye?
akak tak pasti utk buffet..kawan akak walk-in.. kalau akak yg akak berbuka ni time weekend xde buffet..beratur jek la beli mknan mcm biasa..