Cerita Berkabung

The Ilhams Learning Phase

Alkisah cerita berkabung. Tengah malam Ahad jam 1am baru Ummi ingat pasal berkabung sempena kemangkatan bonda DYMM Sultan Johor, YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah. Aduhhh panik sekejap. Apa nak dibuat ek kain putih tak ada, ribbon putih lagi la tak ada.

Tiba-tiba ada mentol bercahaya keluar dari kepala Ummi.. ting! ting! ting! Muncullah satu idea yang tak berapa nak kreatif tapi sangat-sangat membantu di waktu terdesak haha. Ummi capai songkok, kertas A4, gunting, gam dan pembaris. Tanya Babah berapa ukuran yang sepatutnya. Babah pun terkial-kial buka kiriman whatsapp dalam group AJK PIBG. Ok 2 inci ukurannya. Maka Ummi pun ukur 2 inci dan potong. Lepas potong lilitkan kertas tadi di songkok Ilham dan gam. Siap!

Itulah rupa songkok Ilham. Pagi pergi sekolah bawa songkok tu. Sekali tengahari balik dia bebel kat Ummi.

“Ummi ni.. budak belajah (baca: darjah) 1 tak ada yang pakai songkok macam Ilham. Budak belajah 4, 5 dan 6 je yang pakai”

“Ohhhh.. ye ke? Tak pe lah.. pakai je tak salah pun.. Ummi takut Ilham sorang yang tak berkabung”

Maka dia pun bertanyalah apa maksud berkabung bagai. Ummi explain bagi dia faham walaupun macam blur je hehehe. Sudahnya, songkok yang Ummi dah bubuh lilitan kertas putih tu tertinggal di sekolah. Harapnya hari ni dia jumpa songkok tu dan bawa balik rumah. Kalau tak memang konfem songkok tu hilang. Babai!

Related Posts

6 thoughts on “Cerita Berkabung

  1. Rasanya hr Jumaat juga nanti baru di kebumikan..kita Johor berkabung masa hr perkebumiaan sahaja kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!