Dari Dapur Hernee Nazir, Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan 2018 – Day 15

Assalamualaikum semua.

Minta maaf banyak-banyak awal pagi dah tayang gambar makanan hehehe. Ini menu ringkas berbuka puasa untuk Ummi di hari ke 15. Berbuka puasa sorang ditemani Syamil je. Babah dan Abang Ilham ada jemputan berbuka puasa AJK PIBG sekolah Abang Ilham. Oleh kerana berbuka sesorang jadi Ummi buat menu ringkas je.

Nasi goreng campak-campak je. Tapi nasi goreng ni lah buat Ummi makan bertambah-tambah tau haisyhhhh. Jahanam misi kurus di hari raya.

Ayam masak negro.. tapi Ummi kurangkan sikit kenegroannya sebab kang kalau terlebih hitam konfem Ilham dan Syamil takut nak makan hahaha. Sebenarnya nak masak ayam masak kicap cincai-cincai macam biasa tu je. Tapi tekak memanggil-manggil pula nak masak ayam negro ni. Ayam ni kuahnya agak likat berbanding ayam kicap Ummi tu. Dulu Ummi pernah kongsi resepinya di SINI. Suka sebab iras-iras ayam hitam kat UiTM Melaka hehe.

RESEPI AYAM MASAK NEGRO
Resepi Asal: Kak Jee

Bahan-bahannya:

6 ketul ayam (½ ekor)
2 mangkuk taufoo faa bawang yang telah dimayang
cili kering kisar (ikut kepedasan yang diperlukan)
½ botol kicap manis (Kjee guna cap kipas udang) **sama
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang

Cara-caranya:

1. Bawang yang telah diricik (mayang) dibuat bawang goreng. Hati2 jangan hangus nanti lauk jadi pahit.
2. Ayam dibersihkan dan dikasi garam dan kunyit. Goreng ¾ masak. Asingkan.
3. Tumis lada kering kisar hingga terbit minyak atau garing. Boleh guna minyak goreng bawang tadi. Masukkan tiga sekawan. Kacau2.
4. Kemudian masukkan kicap. Kacau.
5. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk atau dikisar. Kacau sampai rata.
6. Masukkan ayam dan perlahankan api. Ratakan bahan2 tumis dengan ayam.
7. Apabila dirasakan sudah cukup mesra hubungan ayam dengan bahan tumis, tutup api dan hidangkanlah.

Kebiasaannya kalau Ummi buat nasi goreng memang tak sah lah kalau tak digandingkan dengan ikan masin atau ikan kering. Baru Ummi teringat dalam fridge ada ikan kapak masin ni. Potong separuh dan goreng. Siap menu berbuka puasa Ummi dan lauk untuk Syamil.

Daily drink sepanjang berpuasa tak lain tak bukan. Performance Drink yang sedap ni. Rasa segar bila lalu di tekak. Sahur kami repeat nasi goreng, ayam negro yang masih berbaki dan tambahan karipap telur puyuh yang sedap Ummi beli dari Mama Dida. Alhamdulillah settled diari Ramadhan kami dan menu hari ke 15.

Share this nice post:
Tagged ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

4 thoughts on “Ramadhan 2018 – Day 15

  1. Aah saya taknak maafkan awak, sebab tunjuk makanan pepagi hahaha
    Oii ayam negro tu sbb dia hitam ke haaa ?

    Tempalte baru, oka aje loding dan view..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *