“Bata Hari Raya 2018 Collection” – Selesa, Harga Berpatutan & Design Menarik

Assalamualaikum & Salam Nuzul Quran..

Masih lagi bercerita mengenai persiapan raya. Almaklumlah tinggal beberapa minggu je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri. Untuk keluarga kecil kami, boleh dikatakan 80% persiapan raya dah settled. Baju, kasut Babah dan The Ilhams semua dah siap beli. Ummi je tak siap-siap hahaha.

_DSC0816

Hari Rabu lepas, sementara menanti waktu berbuka puasa Ummi meronda di AEON Mall Bukit Indah bersama kawan-kawan. Pusing punya pusing sempat juga Ummi singgah ke outlet Bata. Saja nak cuci mata tengok Bata “Hari Raya 2018 Collection”. Dah lama gila tak beli kasut jenama Bata tau. Dulu kecil memang setiap tahun arwah emak belikan kami kasut Bata. Memang jenama legend. Sedangkan Tun M pun masih setia dengan sandal Bata hehe. Semua kerana kualiti kasut Bata ni tak sama macam kasut lain. Kasut Bata ni memang diyakini kualitinya tahan lasak dengan harga yang berpatutan. Kata orang “alah membeli menang memakai” gitu.

_DSC0817

Istimewa sempena Aidilfitri ni, Bata Malaysia memberikan tawaran PERCUMA RM25 BAUCAR DISKAUN dan Marie Claire Wrislet bagi mereka yang berbelanja RM149 atau belanja minima RM99. Menarik betul tawaran ni.

_DSC0808

_DSC0809

Inilah dia Marie Claire Wrislet yang ditawarkan. Cantik kan?

Lepas je baca pasal promosi istimewa hari raya tu, Ummi pun apa lagi terus la meronda keliling kedai Bata ni. Kawan-kawan pun terpaksalah join Ummi juga hahaha. Kuasa memaksa tu kuat hahaha sebab dorang kena tolong Ummi buat keputusan nak beli kasut yang mana ekekeke. Of course Ummi akan fokus pada “Bata Hari Raya 2018 Collection” la kan.

_DSC0835

Baru mula satu rak Ummi dah start rambang mata.

_DSC0825

_DSC0826

_DSC0832

_DSC0855

_DSC0856

Memang banyak sangat pilihan kasut-kasut wanita yang cantik-cantik design nya. Bingung Ummi nak memilih mana yang sesuai dan berkenan di hati. Harga memang mampu milik.

_DSC0851

_DSC0821

_DSC0848

Kasut lelaki juga tak kurang banyak pilihan.

_DSC0828

_DSC0874

_DSC0830

Apa lagi kasut kanak-kanak. Comel-comel geram tengok.  Kalau The Ilhams nampak kasut-kasut super heroes ni konfem dia berkenan.

_DSC0836

Kasut Spiderman

_DSC0837

Kasut Superman

_DSC0838

Kasut Batman

Sebenarnya yang terlebih berkenannya Ummi bukan diorang hahaha. Memandangkan diorang tak ikut jadi tak dapatlah Ummi cuba sarungkan pada kaki diorang tu.

_DSC0878

_DSC0879

_DSC0877

Orang perempuan ni kalau dah ada kasutnya mesti la nak disepadankan dengan handbag kan. Korang boleh cuci mata tengok pelbagai design handbag yang cantik dan menarik di Bata ni tau. Alahai Ummi ni kan, asyik meronda bila nak siap cuba kasut ni hehehe. Ok, jom tengok Ummi cuba kasut-kasut yang menjadi calon-calon kasut raya Ummi dari “Bata Hari Raya 2018 Collection”.

_DSC0840

_DSC0857

Penat berdiri.. duduk pula.. masa ni Ummi berkenan dengan satu sandal ni.

_DSC0885

Sandal ni pun Ummi suka, tapi masih berbelah bagi nak sandal ke nak kasut sarung. Kemain beriya nampak berbincang nak beli kasut dengan Noni haha. Nasib baik Ummi paksa diroang jadi penasihat tau hehehe.

_DSC0867

Eqa suggest kasut ni nampak smart. Tapi tak ada pilihan warna lain selain blue black ni. Ok dalam pertimbangan.

_DSC0868

Kasut ni pun macam ok juga.

_DSC0853

Yang ni pun best tau. Selesa sangat pakai.

_DSC0846

Ehhh tak puas hati nak juga sarung sandal lagi hahaha.

_DSC0872

Kasut ni sebenarnya Ummi suka sesangat. Serious lembut gila. Memang selesa kaki memijak. Dalam fikiran Ummi kalau tak beli kali ni akan datang ummi nak ke Bata lagi nak beli design ni. Bukan saja boleh pakai masa berjalan tapi boleh bawa pakai pergi kerja hehehe.

_DSC0891

Kasut terakhir Ummi cuba adalah kasut yang comel ni. Agak-agak korang kasut mana yang menjadi pilihan hati Ummi ya? Jeng.. jeng.. jeng.. elehhhh padahal kantoi Ummi dah bagi hint dah kasut mana hehehe.

_DSC0892

Sebelum tu Ummi nak ucapkan terima kasih pada staff Bata AEON Mall Bukit Indah yang peramah dan tak jemu melayan kerenah Ummi. Lama kot terpusing-pusing kat dalam kedai Bata hehehe. TQ korang.

_DSC0849

Thanks juga buat BFF Ummi ni yang dipaksa rela meneman Ummi ke Bata hehe.

_DSC0942

Dannnnnnn kasut pilihan Ummi sempena hari raya tahun ni adalah kasut comel ni.. yeay!!! Harganya RM89 sahaja. Memang selesa, tapak lembut. Itu ciri-ciri yang memang dah sinonim dengan kasut keluaran Bata Malaysia ni. Kalau korang tak percaya pergi la Bata beli sepasang hehe.  Kasut ni designnya pun cantik simple dan kemas. Sesuai bila berbaju kurung, berjubah mahu pun berseluar. Nak beraya banyak berjalan kan, kena pastkan kasut yang kita pakai tu selesa dan tak menyakitkan kaki. Kena bagi ruang kaki tu bernafas hehehe. Sebenarnya Ummi sempat juga grab dua pasang stokin untuk Abang Ilham hehe. Bila dah beli dua barang ni dapat lagi diskaun 10% wowww. TQ Bata Malaysia!

Korang yang belum beli kasut raya lagi cepat-cepat terjah mana-mana outlet Bata Malaysia ok. Ingat tau.. jangan lupa grab “Bata Hari Raya 2018 Collection”, korang berpeluang mendapat tawaran PERCUMA RM25 BAUCAR DISKAUN dan Marie Claire Wrislet bagi mereka yang berbelanja RM149 atau belanja minima RM99.

Selamat bershopping bersama Bata Malaysia!

BATA MALAYSIA

Website: https://www.bata.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/BataHome/
Instagram: https://www.instagram.com/batamalaysia/

Share this nice post:

2 Replies to ““Bata Hari Raya 2018 Collection” – Selesa, Harga Berpatutan & Design Menarik”

  1. saya suka jenis sandal comfort kat bata ni

    1. aah mmg betul2 comfort

Leave a Reply