Bakal Kembali Semula Menjadi Kaki Novel

02/06/2018

Assalamualaikum..

Semalam masa ronda-ronda AEON Mall Bukit Indah, sempat juga singgah di kedai buku Popular. Ummi memang tak berhajat nak beli apa-apa, cuma saja temankan Kak Leen nak cari buku rujukan anak-anak. Pusing punya pusing Ummi terbeli juga set latihan Bahasa Melayu, English, Matematik dan Sains untuk Ilham.

Pusing-pusing lagi saja nak cuci mata di bahagian novel. Saja cari pasal haha. Semenjak dua menjadk dah 7 tahun jadi team mak mak ni Ummi dah melupakan hobi membaca novel yang memang sekian lama terpahat dalam diri. Koleksi novel Ummi pun entah mana tersimpan bawah katil. Aduhai. Dulu kalau nak baca nota study mengantuk teruk, tapi bila novel depan mata sanggup baca sampai tak tidur hingga ke pagi hehehe dahsyat betul penangan novel ni.

Mata Ummi sebenarnya dah tertancap pada empat buah novel ni. Ada yang novel baru release ada yang tahun lepas. Tapi kesemua penulisnya memang penulis kegemaran Ummi. Ummi dah terbekenan nak beli novel terbaru Aisya Sofea novel Rujuk Rindu, Damya Hana novel Izinkan Kupergi, Wan Mahani Wan Hassan novel Andainya Takdir 2 dan Siti Rosmizah novel 7 Hari Mencintaiku 2.

Ummi dah siap-siap cari sinopsis ke semua novel, semalam sempat baca belakang novel sekejap je hehehe.

NOVEL RAJUK RINDU
Penulis: Aisya Sofea

Sinopsis:

SHEIKH Amiruddin, lelaki kacak dan berkarisma.  Sekali pandang mampu menawan mana-mana hati wanita. Namun tidak pada Su. Padanya, lelaki itu sombong, angkuh dan ego.  Setelah mengetahui mereka adalah adik-beradik sepupu, segalanya berubah.

Sheikh Amiruddin mula menyenangkan hati Su. Malah kehadiran dua orang anak saudaranya mendekatkan lagi hubungan Su dengan lelaki itu. Namun kemunculan angah adik lelaki Sheikh Amiruddin seolah-olah mencabar keeogannya.  Kehadiran Sherina yang kononnya ingin menawan hati anak-anak yang ditinggalkan pada Sheikh Amiruddin turut mengganggu-gugat hubungan mereka.

Hubungan Sheikh Amiruddin dan Su semakin tegang. Su pula mempersoalkan tentang kejujuran Sherina. Ternyata Sheikh Amiruddin lebih percayakan bekas kekasihnya hingga menuduh Su cemburu dan mengadakan cerita.

Bagaimana akhirnya hubungan Su dan Sheikh Amiruddin? Sampai bilakah cemburu Sheikh Amiruddin akan hubungan adiknya dengan Su? Dan bagaimana pula hubungan Sherina dengan anak-anak yang dibesarkan Sheikh Amiruddin? Apakah wanita itu seorang mummy yang boleh dipercayai?

Rajuk Rindu
HARGA RM 30.00
KATEGORI NOVEL
PENULIS AISYA SOFEA
HALAMAN 576
BERAT 500 gram
TARIKH TERBIT 02 MEI 2018
ISBN 978-967-86-0866-4

NOVEL IZINKAN KUPERGI
Penulis: Damya Hana

Sinopsis:

Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.

Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.
Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Dalam benci, sejujurnya ada rindu. Biarpun luka yang tertoreh di hati begitu parah namun perasaan mereka tidak pernah mati. Tetapi disebabkan ego dan harga diri yang ada dalam jiwa masing-masing, Atiyah mahupun Zuhairi tidak mahu mengalah. Maka, perlukah mereka mempertaruhkan cinta suci mereka demi kenangan lalu yang memedihkan?

Izinkan Kupergi
HARGA RM 30.00
KATEGORI NOVEL
PENULIS DAMYA HANNA
HALAMAN 528
BERAT 315 gram
TARIKH TERBIT 01 JULAI 2017
ISBN 978-967-86-0805-3

 

NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2
Penulis: Wan Mahani Wan Hassan

Terkadang bukan kenangan buruk dengan seseorang yang buatkan kita sangat terluka… Tapi kenangan indah bersamanya yang tak mampu kita lupakan.

Perceraian Airil dan Fatihah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, tidak mampu menerima hakikat Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan Aleeya. Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan berpindah ke Terengganu membuatkan Airil hidup dalam memori. Fatihah didekati oleh dua lelaki lain, Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya.

“Rindu ini jahat… Abang tak tau macam mana nak kurangkannya. Sebab… Setiap masa makin bertambah…”
Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi.

“Betul ke Tihah langsung tak nak abang ada dalam hidup Tihah?”
“Ya! Saya nak mulakan hidup baru! Bukan dengan awak! Tapi dengan Hafiz! Dan awak pun patut bina hidup baru awak sendiri!”
“Tihah… Tihah…”

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka?

Tajuk : Andainya Takdir 2
Penulis : Wan Mahani Wan Hassan
Harga : RM36.00
ISBN :

NOVEL 7 HARI MENCINTAIKU 2
Penulis: Siti Rosmizah

Sinopsis:

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.

“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.

“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.

“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.

“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.

“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

7 Hari Mencintaiku
ID produk : 9789675822582
Format : Kulit Nipis
Penerbit : SR Publication
Tarikh terbitan : 15-MAY-2018

Semalam masih berfikir-fikir nak beli atau tak. Tapi akhirnya Ummi tak beli dulu. Insha Allah empat novel ni bakal Ummi beli nanti. Novel Andainya Takdir 2 tu buat Ummi tak sabar nak baca sebab Ummi follow drama Andainya Takdir dulu hehe. Tapi novelnya memang Ummi tak ada beli pun. Dengar-dengar cerita drama Andainya Takdir 2 bakal muncul tak lama lagi. Uisyhh tak sabar nak tengok.

Sama juga dengan novel 7 Hari Mencintaiku 2 tu, sebab nak sambung cerita yang Ummi tengok melalui drama bersiri 7 Hari Mencintaiku. Drama ni Ummi follow secara online je. Manalah sempat nak layan drama bersiri kat rumah ni. Ingat lagi musim puasa tahun lepas, bengkak-bengkak mata Ummi duk melayan drama 7 Hari Mencintaiku secara online hehehe. Aduhaiii Ummi ni spesis baca novel ke tengok drama ke, kalau masuk part sedih Ummi memang feeling habis. Menjiwai watak gitu hahaha.

Haisyhhh tak sabar nak beli ni. Kalau malas ke kedai buku haruslah Ummi beli online je. Nanti dah beli Ummi share ya. Babai!

Share this nice post:

2 Comments

  • Sis Lin

    02/06/2018 at 5:28 pm

    Kita kalau start membaca, memang tak pandang le blog kang hehehe..tp bukan novel, suka baca buku yang ilmiah motivasi, contoh macam Bonda Nur tu. Memang berhantu selagi tak habiskan selagi tu melanguk hehehe

    1. Hernee Nazir

      02/06/2018 at 5:29 pm

      hahaha tu la.. takut gak ni start balik tak pandang blog hahaha

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: