Ramadhan 2018 – Day 14 (Buka Puasa di Hotel Granada)

Hai Assalamualaikum..

Cerita berbuka puasa di hari ke 14, genap dua minggu kita berpuasa. Ummi menerima jemputan berbuka puasa dari pihak kontraktor di Hotel Granada.

Pertama kali ke sini sebenarnya. Tak pernah pula terkena venuew training kat sini hehe.

Kami sampai awal sedikit dari boss. Wakil dari Marine Services Deparment dan HSE Department.

Ummi dan Geng Jumaat aka Geng Makan. Bab makan mana boleh berpisah hehe.

Gambar kenangan bersama team PVE. TQ uolls.

Jom tengok apa yang Ummi makan.

Nasi putih, mixed vege dan pekin duck. Pekinduck tu tak berapa cocok dengan tekak Ummi. Ummi suka je makan itik tapi yang ni tak berapa suka hehe.

Roasted Lamb with potato and capsicum. Sedap kambing ni tau. I loikeeee.

Kerabu ikan bilis, kerabu taugeh dan somtam. Sedap kerabu ni.

Ummi peminat bubur lambuk, tapi bubur lambuk ni agak masin.

Both spaghetti carbonara and bolognese sedap la.

Plate ni banyak kali refill sebab isinya sedap hehehe. Kat sini ada durian goreng uolls. Yang serabut tu pun sedap. Otak-otak digoreng rangup dan dicicah sos thai.

Zoom in sikit durian goreng hehe. Entah berapa ketul la masuk dalam perut Ummi. Sedap sangat gamaknya.

Ok ni fruit of the day. Dekat dengan meja kami tu ada chocolate fountain. Sebenarnya ada tambahan sup babat dan daging, kambing golek, tapi Ummi lupa snap. Boleh tahan meriah juadah di Hotel Granada ni. Harga pun boleh tahan juga. Alhamdulillah rezeki berbuka dengan kawan-kawan. Nanti Ummi update separate entry untuk Ramadhan Buffet Hotel Granada ya. Sempat juga snap sikit sebanyak gambar masa tu. Ok petang ni rasa macam nak berbuka KFC Nacho Cheezy Crunch lah. Tapi kena dapat kata sepakat dari The Ilhams dulu hehe. We’ll see later!

Share this nice post:

5 Replies to “Ramadhan 2018 – Day 14 (Buka Puasa di Hotel Granada)”

  1. Kta dah 2x tahun lepas berbuka di sini. Memang best, kira ok laaa, kita lepak makan sampai habs buffet, maklum rumah sebelah aje hahahaha

    1. oo dulu duduk dekat sini ek.. boleh tahan la sedap kan..

  2. Kemahin semua umi suka, apa yang umi tak suka.. Haha

    1. hahaha well.. u know me

  3. […] korang baca update Ramadhan ke 14 Ummi, Ummi ada cerita tentang berbuka puasa di Hotel Granada, Johor Bahru. Ok sekarang Ummi nak […]

Leave a Reply