Daiso AEON Bukit Indah Kembali Lagi!

Assalamualaikum..

Busy ke masak? hehehe. Ummi hari ni tak masak sebab Mama Cu ajak berbuka puasa di rumah dia. Ummi suka hati datang lenggang kangkung ni nanti. Tadi waktu rehat sempat la follow Kak Leen ke AEON Bukit Indah. Padahal biji mata ni mengantuk gila, dengar nak berjalan terus segar hehe. Dua hari lepas sebelum ke Hotel Granada sempat juga meronda ke Daiso. Hari tu kan tetiba Daiso hilang dari radar AEON Bukit Indah, tapi dalam bulan berapa hari tu muncul semula. Hari ni repeat kekonon harga GST dah 0% haruslah harga barang Daiso kembali RM5 kan.

Tengok aksesori bento rasa rindu nak membento. Korang boleh baca cerita bento Ummi kat SINI.

Tengok food pick semua teringat zaman rajin dulu. Sekarang food pick tu entah kemana dibuat main. Memang dah ghaib. Kalau tetiba Ummi rajin semula, memang kena cari stok aksesori baru hehehe.

Pusing punya pusing sekali tengok “DAISO JAPAN EVERYTHING AT RM5.57” ok bai! Walaupun dah 0% GST rupanya harga Daiso tak kembali ke RM5. Bukan berkira sangat pun tapi macam senang kot harga RM5 tu ekeke. Ummi tak beli apa pun ada la 2 barang je. Masa kat kaunter sempat Ummi menjemah dengan cashier.

“Dik.. kan GST 0% kenapa harga barang tak balik asal RM5?”

“Sebab ada kenaikan harga barang” jawab cashier.

“Oooo ye ke..” dalam hati menggumam sendiri. Ni mesti AEON yang naikkan harga sebab Daiso ni macam dah berubah imej sikit hehehe. Tapi ayat tu keluar masa berbual dengan Kak Leen je la hehehe.

Ummi beli dua barang ni je. Sepit rambut tu sebab nak sepit rambut lah. Yang Compact Selfie Stick tu entah kenapa gatal tangan nampak barang warna pink terus sambar. Takpe lah standby untuk raya dan nak ke KK nanti hahaha. Selfie stick lama mana entah ghaib. Harap yang Daiso ni bertahan la. Maklumlah tuan dia ni ganas sikit ekeke. Ok lah, membebel je, nak siap-siap ke rumah Mama Cu.

Selamat berbuka uolls!

Share this nice post:

4 Replies to “Daiso AEON Bukit Indah Kembali Lagi!”

  1. Ala..tak jadi RM5 jugak ye walopun da 0% GST..saje je kan..huhuhu

    1. saje dia bakar hati kita tau..hehehe

  2. lah ingatkan kembali rm5.

    1. tidak sam sekali hahaha

Leave a Reply