Ramadhan 2018 – Day 12

31/05/2018

Selamat pagi.. assalamualaikum..

Dah masuk hari ke 15 berpuasa alhamdulillah. Tapi entri menu berbuka tersangkut di hari ke 12 hehehe. Nampak tak Ummi acah-acah busy tu hahaha. Jom tengok apa Ummi masak untuk berbuka hari Isnin yang lepas.

Asam pedas ikan bawal emas. Biasa ikan ni Ummi masak kari. Tapi hari ni tetiba nak di asam pedaskan pulak. Lagi satu Ummi letak bunga kantan. Jarang letak sebelum ni walaupun suka makan bunga kantan hehehe.

Next, sotong goreng kunyit. Ini sebab terkecur dengan sotong goreng kunyit Aqil hari tu hahaha.

Ikut plan memang tak nak masak ayam pun sebab dah ada ikan. Sekali The Ilhams request ayam yellow. Tak sampai hati pulak tak masakkan. Nampak tak betapa kerapnya lauk Ayam Red, Ayam Yellow kat rumah ni. Sekarang dah addicted dengan ayam kicap pulak hahahaha. Lagi Ummi suka, lebur-lebur siap.

Fruit of the day adalah buah pear. Babah beli masa belanja barang dapur di Mydin. Alhamdulillah itu je menu berbuka puasa kami di hari ke 12. Petang tak tahu lagi nak masak apa. Marilah kita berkerja sambil fikirkan menu yang sedap di tekak hehe.

Share this nice post:

4 Comments

  • kisahsidairy

    31/05/2018 at 9:46 am

    kecur pulak tengok udang kunyit tu…

    1. Hernee Nazir

      31/05/2018 at 10:02 am

      sotong kunyit tu nyahhhh hahaha

  • Sis Lin

    31/05/2018 at 3:14 pm

    Mana pulak si Eda nampak udang ni..ke aku yang rabun haaaa…hahahaha
    Lama tak makan buah pear..

    1. Hernee Nazir

      31/05/2018 at 4:53 pm

      aah kak..ke aku yang salah taip hahaha

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: