Ramadhan 2018 – Day 10

Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Salam kemaafan di angin lalu kerana menayang menu berbuka di waktu ini hehehe. Ampunkan kami penunggu gua! :p Setelah berhari-hari Ummi Ummi tak masak, eh tak masak berbuka je tau sahur tetap masak. Abang Ilham tu ikut selera Ummi masa kecil, sahur mesti nak makan nasi.

Hari ke sepuluh, The Ilhams berbuka puasa bersama BFF mereka.. Aqil dan Ariq. Gambar masa berbuka Ummi lupa nak snap. Maklumlah, tengah fefeeling layan anak empat ekeke. Inilah menu berbuka puasa kami di hari ke sepuluh.

Sambal Udang.. Ummi yang teringin.

Asam pedas ayam requested by Abang Ilham..

Mixed vege Ummi yang decide..

Sorang nak asam pedas ayam, sorang lagi nak Ayam Kicap.

Rezeki Nenek bagi ketam yellow.. khas untuk cucu yang gila makan ketam. Siap simpan bawa ke sahur.

Tambahan Mee Hoon Goreng Singapore dari Nenek. Sedap hoi!

Lepas berbuka semua duk berkumpul dalam bilik. Macam biasalah Ilham nak ajak BFF tengok Upin Ipin la, Star Wars la. Itulah cerita buka puasa kami di hari ke sepuluh. Abang Ilham ikut Babah pergi masjid. Ummi dan Syamil solat di rumah je.

Related Posts

6 thoughts on “Ramadhan 2018 – Day 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!