Ramadhan 2018–Day 8 (Buka Puasa Di Amphawa Boat Noodle Taman Sutera)

Ramadhan Al-Mubarak

Asssalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah lepas fasa sepuluh hari pertama Ramadhan. Alhamdulillah Abang Ilham masih gigih bertahan walau dugaan mendatang hehehe. Hari Khamis Ummi half day bawa Syamil follow up check up. Next appoinment patutnya dua minggu lagi tapi doktor ganjakkan ke penghujung Jun. Tak plan pun nak berbuka luar tetiba je Babah ajak berbuka kat Amphawa Boat Noodle ni. Dah lama sampai teringin gamaknya. Ummi pun siap-siap call la booking meja.

_DSC0656

_DSC0657

Punya lah dah lama tak ke sini sampai tak tahu pun Amphawa dah berwajah baru. New look.. new decoration. Berbeza betul dengan dekorasi lama tapi tetap cantik.

Untuk pengetahuan korang, sepanjang Ramadhan ni Amphawa Boat Noodle menawarkan pakej “Ramadhan Treats”. Ada 5 set pilihan menu untuk seorang. Setiap satu set disertakan dengan pulut mangga dan kerabu epal serta pilihan tiga jenis air iaitu ice lemon tea, milk tea dan green milk tea. Kesemua set berharga RM18.90. Murahkan?

_DSC0650

Set A – Seafood Tomyam Set RM18.90

_DSC0651

Set B – Garlic Chicken Rice Set RM18.90

Set C – Thai Basil Chicken Rice Set RM18.90

_DSC0652

Set D – Red Curry Chicken Rice Set RM18.90

Set E – Green Curry Chicken Rice Set RM18.90

_DSC0667

Abang Ilham dan Babah.

_DSC0668

Ummi dan Syamil. Muka monyok baru bangun tidur.

_DSC0666

Ummi dan Babah pilih set A, Seafood Tomyam Set. Air pilihan milk tea. Kat nasi tu kalau korang tenung betul-betul ada bekas teh ais tertumpah haha. Pasghah je la. Sibuk nak snap gambar sampai tercurah teh ais tu dalam nasi. Nasiblah warna kuah tomyam lebih kurang teh ais jadi pejam mata je la Ummi makan hahaha.

_DSC0662

Order tiga set, jadi ada tiga cawan air la. Air teh ais Ummi Babah punya. Ice lemon tea tu set Abang Ilham tapi dia tak minum pun.

_DSC0663

Pulut mangga small portion. Dah la sedap comel pulak tu.

_DSC0664

Kerabu epal ni sedap!

_DSC0670

Thai Fried Chicken kot nama dia. Lupa pula, as usual sedap selalu.

_DSC0665

The most favourite dish kat sini Seafood Tomyam. Ya ampun kuah dia memang sedap meletop. Ummi suka betul tau kupang dalam tomyam ni. Kupangnya comel-comel tapi berisi. Eh telan air liur.

_DSC0671

Ini lauk red curry dalam Set D untuk Abang Ilham. Syamil Ummi tambah satu nasi putih dan dia makan lauk ayam goreng.

_DSC0673

Dah pergi boat noodle tak makan boat noodle macam tak sah la kan. So sorang semangkuk boat noodle beef untuk Ummi Babah. Boat noodle sini berbeza sikit, kuahnya pekat.

_DSC0675

Ok ini new menu di Amphawa Boat Noodle dengan tema East Meet West. Dah ada spaghetti uolls. Menunya Pad Ka Power (RM13.90), Green-Upper Curry (RM14.90) dan Tommy Yummy Punch (RM15.90).

_DSC0674

Korang yang nak berbuka kat sini Ummi suggest untuk book awal. Senang tak payah terkocoh kacah kan. Nak siap-siap book menu pun boleh. Tapi kat sini menu yang kita order memang cepat je siap. Tak lama menunggu. Memang recommended sebab sedap dan berbaloi-baloi hehe. Ok boleh refer address dan nombor telefon kat bawah ni ya. Selamat berbuka puasa!

Restoran Amphawa Boat Noodle, Taman Sutera

No.69, Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama
Johor Bahru 81300

Facebook – Amphawa Boat Noodle

Phone: 07-559 6440

Opening hours – 11:30AM – 10:30PM

Related Posts

8 thoughts on “Ramadhan 2018–Day 8 (Buka Puasa Di Amphawa Boat Noodle Taman Sutera)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!