Ummi Ilham’s 37 Years Journey of Life!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 16 Mei muncul lagi. Menandakan usia Ummi semakin bertambah walaupun jiwa maintain muda.. oppsssss! Syukur masih diberi kesempatan bernafas. Masih boleh melihat suami dan anak-anak. Tiga tahun lagi dah nak cecah 4 series ui. Thanks Babah dan Abang Ilham yang buat surprise kat Ummi malam tadi. Sambut birthday kali ni special sikit kat hospital, sebab Ummi menjaga Syamil yang warded. Tak kisahlah yang penting hati Ummi berbunga-bunga.

Babah tengah turunkan ilmu pada Ilham macamana nak buat surprise dan nak tulis birthday card hahaha. Kata Babah sepanjang nak ke hospital dan dah sampai hospital dia geli hati tengok gelagat Ilham. Dia cakap “Babah.. macamana ni Ilham tak boleh tahan nak gelak ni..” kekonon tak boleh cover line la nak buat surprise kat Ummi tu hahaha. Tak apa Abang Ilham, Ummi hargai usaha Babah dan Ilham tu. TQ so much.. I love you to the moon and back!

Inilah harta Ummi dunia akhirat. Semoga Allah merahmati keluarga kita dan satukan kita semua disyurga. Semoga Allah kurniakan Ummi keberkatan hidup dan kesihatan yang baik untuk Ummi menjaga hero-hero kesayangan Ummi.

Jumpa lagi birthday ke 38! hehehe.

Share this nice post:

7 Replies to “Ummi Ilham’s 37 Years Journey of Life!”

  1. happy birthday kak hernee! semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga Allah pelihara keluarga akak. selamat berpuasa juga 🙂

    1. thanks fyqa.. selamat berpuasa juga utk awak ya..

  2. Alhamdulilah.. muda lagi tu dik nun..akak ko ni dah masuk 40 + 2 series hahahaha

    1. hahahaha bakal seseries tu tak lama lagi kak hehehe

  3. happy bday ma prenzz…semakin muda kan kita…hehehe

    1. hahaha tq beb..muda remaja..

Leave a Reply