Thanks Boss & BFF ;)

My Birthday

Assalamualaikum & salam Ramadhan..

Cerita tengahari tadi. Dah berkampung kat hospital ni, memang tak ada kerja lain la. Balik-balik tidur, bangun lapar.. makan. Sekali Yap dan Capt Haji bagitahu nak datang, dalam 15 minit lagi sampai. Bergegas Ummi bangun ahahaha. Diorang datang berempat dengan Kak Leen dan Wan sekali. Uncle Nazam je tercicir hahaha. Capt Haji siap bawa kek sebuku. Wahhhhh terharu Ummi.

Wording kat atas kek tu, mesti kerja budak dua orang tu kan. Grrrrrrrrrrrrrrrr.

Ummi pun nak posing dengan birthday cake hehehe.

Ok jom bergambar beramai-ramai termasuk orang sakit. Kenangan hidup di usia 37 tahun. Tahun depan belum tentu dapat celebrate bersama boss dan kawan-kawan kalau ajal datang menjemput. Sedap kek itu hehe. Ada lebih Ummi bagi juga nurse merasa sorang sikit hehehe.

Thanks juga untuk kawan-kawan yang wish birthday di facebook, whatsapp dan instagram. Selamat menjalani ibadah puasa ya. Untuk puasa hari pertama kami bersahur di hospital je. Tak jadi discharge petang tadi. Pasghah! Janji Syamil sihat.

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2018

Sempena hari guru, Ummi nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang banyak berjasa dari Ummi Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti hingga ke alam pekerjaan. Semoga jasa kalian dibalas dengan syurga. Untuk guru pertama dalam hidup Ummi, ayah dan arwah mak.. semoga Allah merahmati kalian dan mengampunkan dosa-dosa kalian. Aamiin.

Tahun ni Babah yang belikan hadiah hari guru. Ummi dah kat hospital memang tak dan la nak prepare hadiah untuk cikgu Abang Ilham. Babah kata Babah belikan pen untuk Cikgu Aien. Lupa pula Ummi nak suruh Babah snap. Cikgu sekolah agama je lupa aduhai. Ilham cuma bekal buah tembikai untuk jamuan sekolah agama. Apa pun terima kasih untuk semua cikgu yang mengajar Muhammad Ilham Syahmi. Mohon halalkan ilmu yang dicurahkan.

Related Posts

5 thoughts on “Thanks Boss & BFF ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!