Nikmati Diskaun Sehingga 70% Dengan Kad Ceria Bagi Warga Wilayah Persekutuan

Info Sharing

Assalamualaikum..

kad ceria1

Hai semua. Hari ni Ummi nak cerita pasal Kad Ceria. Korang tahu tak apa Kad Ceria yang Ummi maksudkan? Bukan projek keceriaan kelas tau hehehe. Mungkin agak asing bagi mereka yang bukan menetap di Kuala Lumpur, tapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa melalui media-media pastinya korang tahu tentang kemudahan yang ditawarkan ini.

Kad Ceria adalah kad eksklusif untuk rakyat Malaysia yang lahir atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menikmati diskaun istimewa ketika membeli barangan keperluan dan perkhidmatan di premis-premis dan lokasi terpilih. Ia adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

kadceria1

Baru la Ummi tahu, rupa-rupanya sebelum ni kad ini dipanggil “Kad Komuniti Ceria” yang dilancarkan pada tahun 2015. Sekarang ianya ditukar kepada nama “Kad Ceria”. Kalau tak rajin membaca confirm Ummi tak tahu hehe. Jom baca lagi info menarik teantang Kad Ceria.

SASARAN PENGGUNA

  • Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja.

Borang Permohonan Kad Ceria Warga Wilayah Persekutuan

KEISTIMEWAAN PEMEGANG KAD CERIA

  • Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan/ makanan/ perkhidmatan.
  • Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis/ rakan dagang (merchants
  • Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
  • Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan

promosi kad ceria

Antara promosi yang membolehkan pemilik Kad Ceria mendapat diskaun istimewa. Best ke best? Haisyhhhh beruntunglah penduduk Kuala Lumpur yang ada kad ni kan. Kawan-kawan yang duduk di Kuala Lumpur, cuba korang semak sama ada korang layak atau tak untuk memohon Kad Ceria.

kad ceria

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KAD CERIA

  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Warganegara Malaysia
  3. Pemohom lahir di Wilayah Persekutuan ATAU menetap di Wilayah Persekutuan
    ATAU
  4. Pemohon adalah Penjawat Awam yang bertugas di Wilayah Persekutuan

PERMOHONAN KAD CERIA
https://kadceria.kwp.gov.my/semak_kelayakan.php

diskaun kad ceria

INSENTIF RAKAN DAGANG KAD CERIA OLEH DBKL

1) Diskaun 10% untuk sewa premis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
2) Diskaun lesen penjaja 60%
3) Diskaun lesen premis perniagaan :
i. 10% = 1 tahun
ii. 15% = 2 tahun
iii. 20% = 3 tahun

4) Diskaun cukai pintu sehingga 10% untuk pemilik premis perniagaan
5) Akses kepada lebih daripada 1,000,000 orang pengguna Kad Ceria
6) Promosi kepada perniagaan anda secara berterusan (Media Sosial, Media Massa, Program-Program KWP)
7) Pengiktirafan daripada KERAJAAN kepada PERNIAGAAN anda

SENARAI RAKAN DAGANGAN

Sebahagian daripada rakan dagang yang popular termasuklah Mydin, KK Super Mart, Berjaya Hotels & Resorts, Kamdar, Wendy, Restoran Kenny Rogers, dan Restoran Rasa Utara.

Senarai penuh boleh rujuk SINI.

Untuk menyemak permohonan rujuk SINI.

Dah siap kadnya lupa untuk sesi pengambilannya pula ya. Kat bawah ni Ummi senaraikan Pusat Kutipan Kad Ceria. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu korang yang memerlukan info ini.

SENARAI PUSAT KUTIPAN KAD CERIA WILAYAH PERSEKUTUAN

Cawangan Bandar Tun Razak

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BANDAR TUN RAZAK
NO. PT 4752 JALAN SELIMANG
TAMAN TENAGA CHERAS
56100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-9173 1558
No. Faks : 03-9173 1560
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Batu

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BATU
BANGUNAN YAYASAN WARISAN BATU
TAMAN BULLION MEWAH
68100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-6188 4389
No. Faks : 03-6189 4389
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

Cawangan Bukit Bintang

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BUKIT BINTANG
PERSATUAN KHIDMAT MASYARAKAT
NO. 157, JALAN MAHARAJALELA
50150 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-2148 4526
No. Faks : 03-2148 8252
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Cheras

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT CHERAS
PUSAT REKREASI CHERAS
JALAN PEEL CHERAS
55100 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-9287 7371
No. Faks : 03-9287 7303
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Kepong

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KEPONG
NO. 44, JALAN 12/42
TAMAN SEJAHTERA
SEGAMBUT
52000 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 018-662 8390 / 03-6252 6722
No. Faks :
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Labuan

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT LABUAN
U0284, BLOK D
TINGKAT 1, JATI SHOPHOUSE
OFF JALAN KUBONG
PETI SURAT 80872
87018 LABUAN
No. Telefon : 087-431 061 / 087-429 061
No. Faks : 087-431 1261
Hari Operasi :
Waktu Operasi : 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Lembah Pantai

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT LEMBAH PANTAI
JALAN BUKIT BANGSA OFF JALAN MAAROF
59000 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-2287 9137
No. Faks : 03-2287 9151
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT

Cawangan Putrajaya

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PUTRAJAYA
NO. 56A, TINGKAT 1
JALAN DIPLOMATIK
PRESINT 15, 62502 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-8888 6761 / 5761
No. Faks : 03-8888 6934
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Cawangan Segambut

Alamat : PUSAT KHIDMAT BN SEGAMBUT
B-3-1, M-AVENUE
TAMAN SEGAMBUT BAHAGIA
51200 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 016-3523135
No. Faks :
Hari Operasi : RABU : 2.00 PETANG – 7.00 MALAM
Waktu Operasi : AHAD : 9.00 PAGI – 1.00 PETANG

Cawangan Seputeh

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT SEPUTEH
BANGUNAN MCA
JALAN HUJAN, TAMAN OUG
58200 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-7785 2745
No. Faks : 03-7785 1819
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 10.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG
Waktu Rehat : 1.00 PETANG-2.00 PETANG

Cawangan Setiawangsa

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT SETIAWANGSA
LOT 2, JALAN 13/56
OFF JALAN 1/56
AU3, AMPANG ULU KELANG
54200 KUALA LUMPUR
No. Telefon : 03-4147 4188
No. Faks : 03-4162 1188
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 10.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI

Cawangan Titiwangsa

Alamat : PUSAT REKREASI PARLIMEN TITIWANGSA,
JALAN PERKASA 1, TAMAN MALURI
56100 KUALA LUMPUR
No. Telefon :
Pejabat Pusat Rekreasi : 03 – 9202 0146
No. Faks :
Hari Operasi : ISNIN – KHAMIS
Waktu Operasi : 9.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

Cawangan Wang Maju

Alamat : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT WANGSA MAJU
KOMPLEKS YAYASAN WANGSA PERDANA
LOT 27679, JALAN IBU KOTA
53100 KUALA LUMPUR
No. Telefon :
No. Faks :
Hari Operasi : ISNIN – JUMAAT
Waktu Operasi : 9.30 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

Related Posts

12 thoughts on “Nikmati Diskaun Sehingga 70% Dengan Kad Ceria Bagi Warga Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!