Family Dinner di Restoran Terapung Pendas

P_20180330_200747_vHDR_Auto

Kejadian berlaku hujung bulan lepas hehe. Well you know me. Memang suka perap entri dengan harapan entri tu bercambah hahaha. Balik kerja Ummi dah sesiap nak masak asam pedas ikan sembilang. Sekali dengar bunyi tin tin pon pon kat luar. Rupanya Tok Ayah datang dan ajak kami makan malam di Restoran Terapung Pendas. Mula-mula macam ya tak ya juga nak pergi memandangkan ikan dah direndam air asam, bahan-bahan memang dah ready. Tapi tak nak mengecewakan hati seorang ayah (eceh ayat), Babah pun setuju dan kami semua ke Pendas. Sempat la Ummi jengah bulan tu ha sebab Uncle Nazam dah inform awal-awal suruh The Ilhams tengok bulan malam tu.

P_20180330_200927_vHDR_Auto

Tok Ayah dan Nenek kena kerah bergambar hahaha.

P_20180330_200945_vHDR_Auto

Abaikan la kebulatan muka Ummi tu. Tudung tu punca ekekeke. Masa kami sampai orang memang penuh. Nasib baiklah ada meja kosong. Kalau tak konfem tukar lokasi hehehe.

Kat Restoran Terapung ni, korang kena pilih seafood sendiri mengikut citarasa korang. Dah pilih dan timbang bagitahu pada waiter atau waitress untuk jenis masakan pilihan korang.

Ok jom tengok apa pilihan kami.

P_20180330_204320_vHDR_Auto

Ketam Sambal. Tok Ayah redho je cucu-cucu dia dah merengek nak ketam sambal hahaha.

P_20180330_204327_vHDR_Auto

Kailan Ikan Masin.

P_20180330_204333_vHDR_Auto

Sayur Chap Chai.

P_20180330_204424_vHDR_Auto

Ini pilihan Tok Ayah. Asam Pedas Ikan Siakap. Serious sedap asam pedas kat sini tau.

P_20180330_204450_vHDR_Auto

Tengah duk pilih seafood, Ilham nampak Udang Ketak. Apa lagi dia selamba kodok suruh Tok Ayah ambil hehe.

P_20180330_204505_vHDR_Auto

Last but not least, sotong goreng tepung. Ehhhh ini pun Ilham juga yang request sebab dia nak “kaki sotong” haha. Tak tahu mana dia jumpa kaki sotong. Sudahnya kan, kami syok makan sekali dia tak perasan sotong dah habis dia tak dapat merasa hehehe.

Lepas makan, borak-borak anak beranak kami pun balik la ke rumah. Thanks Tok Ayah dan Nenek belanja makan malam kat sini. Korang yang belum pernah sampai ke Pendas aka hujung kampunng Kampung Ladang dan Tanjung Kupang boleh la cuba kat sini. Ada dua pilihan restoran, satu lagi Restoran Tanjung Nelayan. Boleh cuba dua-dua tapi pergi hari lain-lain ok. Okbai!

Share this nice post:

4 Replies to “Family Dinner di Restoran Terapung Pendas”

  1. Eh.. eh.. eh.. tudung plak disalahkan

    1. kahkahkaj..kejam betul..hahaa

  2. yang penting memang best makan kat sini

    1. ooo akak dah sampai sini eh..

Leave a Reply